BANTING: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali Harumaini Omar boleh mencabar keputusan pelucutan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu di mahkamah, kata Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hasnul Baharuddin.
Hasnul berkata keputusan yang dibuat Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim pada Khamis lepas berhubung perkara itu telah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri.
ADUN Morib itu berkata Harumaini ada menghubunginya dan mengaku gagal memberikan surat kepada Dewan atau Speaker untuk menjelaskan permasalahannya yang tidak dapat hadir pada sidang-sidang Dewan seperti isu kesihatan isteri serta kesibukan menguruskan keluarga.
"Jadi, pada pendapat saya, beliau sendiri tidak berkata apa-apa pada Speaker dan mengaku sendiri kesilapannya ketika berhubung dengannya untuk memberikan penjelasan tersebut (selepas Ng membuat keputusan)," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Jerayawara sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan di Pantai Morib, di sini hari ini.
Hasnul juga menegaskan seorang wakil rakyat dalam DUN Selangor mesti hadir mesyuarat atau sidang dalam tempoh enam bulan, walaupun cuma sehari dalam satu-satu sesi mesyuarat.
BACA: 'Saya selesema, batuk...' - Harumaini perjelas sebab tidak hadir sidang DUN
"Dalam enakmen dan peraturan kita jelas, mesti hadir dalam tempoh enam bulan. Dalam tempoh enam bulan mesti ada sidang, walaupun beliau (Harumaini) hadir sidang sebelumnya sehari, tetapi dari cut-off (27 Julai) hingga habis enam bulan (beliau) tiada.
"Ramai juga ADUN datang setengah jam, lepas itu balik, sudah tandatangan (kehadiran) (kemudian) balik, maksudnya kita tidak boleh ambil tindakan. Namun dari segi moralnya tidak betul ADUN bersikap begitu, hanya 'melepaskan batuk di tangga', datang untuk pastikan hadir, kemudian balik," katanya.
Hasnul berkata Harumaini juga gagal menghadirkan diri ketika pembentangan Bajet Selangor 2023 yang dibentangkan pada tahun lepas.
Pada 16 Feb lepas, kerusi DUN Batang Kali diisytiharkan kosong berkuat kuasa 28 Jan, ekoran penyandangnya Harumaini daripada Pejuang tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan.
Pengisytiharan itu dilakukan mengikut peruntukan di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023

Hasnul berkata keputusan yang dibuat Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim pada Khamis lepas berhubung perkara itu telah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri. - Gambar fail

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.
Pastikan kod QR tiket bas tersedia untuk Kelancaran pulang beraya
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan kod QR perlepasan tersedia selepas tiket bas dibeli secara atas talian bagi memudahkan proses berlepas di pintu kawalan masuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi pulang beraya pada aidilfitri kelak.

Polis cari individu rakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini menumpukan siasatan bagi mengenal pasti sumber asal atau individu yang merakam video terbabit.
Lima video 'Deepfake' janaan ai berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Lima video deepfake yang menggunakan teknologi AI untuk menyebarkan penipuan pelaburan dikesan pihak polis sejak 2024.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.
Video-video ini menampilkan tokoh terkenal seperti Donald Trump dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pengurusan tertinggi syarikat seperti Petronas dan Tesla.

Kehidupan keluarga Cristiano Ronaldo terganggu oleh siri ancaman
Cristiano Ronaldo dan teman wanitanya telah mengupah pengawal peribadi tambahan dan berpindah ke rumah baharu selepas menerima beberapa siri ancaman.
[TERKINI] Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ketika di bawah asuhannya.
AWANI Ringkas: Pemimpin politik perlu perkukuh perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penafian Astro AWANI tentang laporan berkaitan bekas ADUN Batang Kali
Imej yang meletakkan gambar dan nama bekas ADUN Batang Kali itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.