JOHOR BAHRU: Bekas Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad, mengesahkan dirinya bakal bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada Pemilihan Parti 2023.
Katanya, beliau menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan kerana masih mahu menyumbang usaha dan tenaga bagi memantapkan parti itu.
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mengumumkan hasratnya bertanding Naib Presiden UMNO selepas mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Johor, di Johor Bahru, pada Sabtu.
“Saya akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden kerana itulah jawatan yang boleh dipertandingkan waktu ini. Saya percaya ramai juga tokoh lain, selain penyandang Datuk Seri Khaled sebagai Naib Presiden, atas semangat untuk terus menyumbang kepada parti di semua peringkat. Maka dengan itu saya menawarkan diri untuk bertanding,” ujar beliau.
Selain Hasni, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut mengesahkannya bakal mempertahankan jawatannya selaku Naib Presiden.
Dua lagi penyandang Naib Presiden ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Terdahulu, majlis kerja tertinggi (MKT) UMNO memutuskan pencalonan untuk peringkat bahagian dan pusat akan dibuka pada 13 hingga 26 februari ini
Astro Awani
Sat Feb 04 2023
Hasni menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan kerana masih mahu menyumbang usaha dan tenaga bagi memantapkan parti itu. - Gambar fail
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
UMNO Johor percaya Zahid akan ambil tanggungjawab yang sewajarnya - Hasni
Hasni berkata, keyakinan pengundi kepada UMNO perlu segera dipulihkan agar parti itu kembali diyakini semua rakyat Malaysia.
Calon MB Johor: Hasni beri laluan kepada orang muda
Spekulasi mengenai calon Menteri Besar Johor yang baharu terus menjadi tanda tanya di sebalik kejayaan Barisan Nasional menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
"Saya tidak akan lupa saya datang dari Benut," kata Hasni
"Saya tidak akan lupa bahawa saya datang dari Benut," kata MB Datuk Hasni Mohamad sambil menegaskan bahawa pembangunan di Benut yang terletak di dalam daerah Pontian itu akan terus dekat dihatinya.
PRN Johor: Calon BN diumum selewat-lewatnya tiga hari sebelum 26 Feb - Hasni
Senarai penuh calon parti Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diumumkan selewat-lewatnya tiga hari sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari ini.
PRN Johor: Hasni akan terus pimpin kerajaan negeri jika BN dapat mandat rakyat - Zahid
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Hasnimempunyai kaliber dan kewibawaan yang diperlukan untuk terus memimpin Johor.
PRN Johor: Hasni beri bayangan PRN, Suhaizan nafi terima surat pembubaran DUN
Suhaizan dipetik beberapa media sebagai berkata, beliau tidak menerima sebarang surat seperti yang didakwa portal tersebut.
Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya
Perkara itu terlebih dahulu akan dinilai daripada keperluan semasa dan perkembangan sosio masyarakat.
Sidang DUN Johor tangguh ke 22 Ogos
Persidangan Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ditangguhkan ke 22 Ogos depan untuk melakukan penilaian terhadap risiko penularan pandemik COVID-19.
Johor peruntuk RM40 juta beli vaksin COVID-19
Pembelian itu merupakan fokus pertama pemerkasaan pandemik negeri ini daripada sebahagian Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.