KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini kembali semula menganggotai barisan Kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang memiliki pengalaman luas dalam kerajaan, kembali ke jawatan sebagai Menteri Kanan Pertahanan - jawatan yang dipegangnya semasa era pentabiran Barisan Nasional (BN) pada 2013, di bawah pentadbiran Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hishammuddin, 61, sebelum ini memegang jawatan Menteri Kanan Luar (Kluster Keselamatan) semasa era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan, yang meletak jawatan pada 16 Ogos lepas.
Bendahari Agung BN itu yang pernah mempunyai firma guaman sendiri antara tahun 1989 hingga 1993, juga dikenali sebagai seorang pemimpin berperwatakan tenang ketika berhadapan krisis dan dalam mengatur hubungan diplomasi dengan pelbagai negara.
Hishammuddin, yang mengekalkan kerusi Parlimen Sembrong untuk empat penggal berturut-turut itu, menceburi bidang politik pada usia 28 tahun sebaik tamat pengajian dengan menyertai UMNO cawangan Sungai Mati, Johor pada tahun 1989.
Beliau yang pernah menjadi Naib Presiden UMNO itu memulakan karier dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan sejak 1995 apabila dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
[LAPOR LANGSUNG] Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri
BACA: Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri Yaakob
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu kemudian dilantik Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada 1997, Menteri Belia dan Sukan (1999), Menteri Pelajaran (2004-2009) dan seterusnya Menteri Dalam Negeri pada 2009.
Pada 2013, beliau yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan turut memangku jawatan Menteri Pengangkutan, sebelum dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas yang bertanggungjawab memantau keselamatan Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada tahun 2014 berikutan pencerobohan di timur Sabah.
Hishammuddin yang lahir pada 5 Ogos 1961 di Kuala Lumpur, mendirikan rumah tangga dengan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah pada 1986 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Farris Hussein, Kyra Arianna dan Fahd Hussein.
Anak kepada Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn dan cucu kepada Pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar itu mendapat pendidikan awal di Sekolah St John's Kuala Lumpur, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Cheltenham Boys College di United Kingdom.
Selepas tamat pengajian graduan Undang-undang dari University of Wales, United Kingdom dan London School of Economics, United Kingdom, beliau memulakan karier pertamanya sebagai peguam. - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Hishammuddin kembali ke Kementerian Pertahanan yang pernah dipegangnya semasa era pentabiran Barisan Nasional pada 2013. - Gambar Instagram Hishammuddin di Kem Perdana Sungai Besi, 2017
Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.
MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram
Dr Kalwinder menggesa orang ramai terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti kesihatan haram kepada pihak berkuasa tanpa kelewatan.
100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.
Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.
100 pemimpin wanita sertai program perantis tahun INI - Nancy
Sebanyak 100 pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang profesional di seluruh negara dijangka menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
Perpustakaan Syed Naquib Al-Attas bakal bertaraf premier - PM
Kerajaan bercadang menaik taraf Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) kepada perpustakaan bertaraf premier.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini diharap dapat dimanfaatkan generasi muda agar mereka meraih inspirasi hasil nukilan karya ilmuan ulung tanah air itu.
10 negeri dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 1 pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam Ahad mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga 1 pagi Isnin.
PDRM perketatkan keselamatan Prabowo Subianto esok
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.
[TERKINI] PM Anwar minta lawatan Prabowo tidak diganggu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya pada Isnin tidak mengganggu urusan lawatan rasmi Presiden Indonesia yang dijadual berlangsung pada waktu sama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Januari 2025.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.