Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak berminat untuk bertanding di kawasan Parlimen Langkawi, Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang susulan beliau dicabar Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata beliau masih lagi mahu mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor.
"Itu saya lihat seperti 'budak-budak' mencabar saya bertanding di Parlimen Langkawi, maka saya hendak memperingatkan kepada Dr Mahathir bahawa beliau yang menawarkan dirinya sendiri untuk bertanding di Pekan, Pahang.
"Saya tidak pernah menawarkan diri saya untuk bertanding di Langkawi dan saya cukup selesa di Sembrong, jadi tidak perlu saya jawab lebih daripada itu," katanya ketika diminta mengulas isu beliau dicabar untuk bertanding pada PRU akan datang di kawasan Parlimen Langkawi.
Hishammuddin berkata beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi.
"Apa yang saya nyatakan hari itu dia yang hendak bertanding di Pekan, bertandinglah...tapi itu hasrat dia (Dr Mahathir), saya tidak pernah menyatakan hasrat saya untuk bertanding di Langkawi.
"Oleh itu, saya rasa amat kecewa pada seorang ahli politik yang sudah veteran dan saya tidak mahu melayan lagi benda-benda sebegini," katanya.
Pada Ahad lepas, Hishammuddin menyifatkan kenyataan Mahathir untuk bertanding di Pekan pada PRU akan datang sekadar kenyataan bersifat populis.
Hishammuddin juga melihat kenyataan itu bertujuan mengganggu tumpuan anggota UMNO kerana dibuat ketika UMNO bahagian sedang sibuk mengadakan persidangan perwakilan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2017

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata beliau masih lagi mahu mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor. - Gambar fail / BERNAMA
Cipta sejarah Malaysia Book of Records
Hada Labo mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records dengan penyertaan paling ramai dalam acara demonstrasi penanggalan solekan.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen pelabur elak risiko
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketika ditutup pada Rabu.
Dialog ASEAN25: Timor-Leste in ASEAN is it finally time?
On this episode of Dialog ASEAN25, we’ll take a closer look at Timor-Leste’s journey, its challenges, and what full membership would mean for the country and the region. Melisa Idris speaks with His Excellency Lisualdo Gaspar, Timor-Leste Ambassador to Malaysia, and Dr Khoo Ying Hooi, Associate Professor in the Department of International and Strategic Studies at Universiti Malaya and the first Malaysia to be appointed to the International Advisory Council of the Centro Nacional Chega! (CNC).
iSPOC buka peluang ekonomi dalam pelbagai sektor
Kompleks Minyak Sawit Lestari Bersepadu (iSpoc) membuka peluang ekonomi dalam pelbagai sektor selain menawarkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup pekebun kecil.
Yayasan Peneraju perkenal skim pembiayaan, sasar 7,200 bakat Bumiputera
Pengambilan pertama memfokuskan kepada golongan dewasa yang bekerja dan tidak bekerja, dengan sasaran seramai 7,200 pendaftaran.
AWANI Sabah+: Modenisasi pertanian, perkukuh pengeluaran makanan
Selari dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan keterjaminan makanan, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri telah merangka perancangan pembangunan secara am termasuk pengukuhan industri pertanian bagi tujuan hiliran.
Tarif AS, integrasi ekonomi dominasi pemukiman menteri
Pelaksanaan tarif perdagangan oleh Amerika Syarikat, antara isu utama yang akan dibincangkan Menteri Ekonomi Asean dalam pemukiman kali ini.

Kementerian Digital lancar garis panduan pengadaptasian kecerdasan buatan di sektor awam
Kementerian Digital hari ini melancarkan Garis Panduan Pengadaptasian AI di Sektor Awam sebagai inisiatif utama untuk memudahkan agensi sektor awam mengadaptasi teknologi AI dengan bertanggungjawab.

Dunia Islam alami defisit kepercayaan - PM Anwar
Dunia Islam dilihat mengalami defisit kepercayaan, dengan nilai integriti, pengorbanan, dan sumbangan seringkali dibayangi kepentingan diri dan pengumpulan harta benda.
Subsidi RON95 bersasar dijangka dilaksana pertengahan 2025
Kerajaan dijangka melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun ini.

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.

Pas beri bayangan bertanding PRN Sabah - Abdul Hadi
Pas Sabah memberi bayangan akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang selepas tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula
Keputusan ini membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif bertanding bagi jawatan itu, untuk kali keempat.

Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya
Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.

Pengasas Foxconn umum bertanding pilihan raya Presiden Taiwan
Terry Gou, mengumumkan pada Isnin bahawa beliau akan bertanding untuk pilihan raya presiden Taiwan 2024 sebagai calon Bebas.

PRN: Ahmad Faizal umum tidak bertanding mana-mana kerusi di enam negeri
Ahmad Faizal menegaskan, tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN.

Zambry tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO
Zambry memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan.

Pemilihan UMNO bermula 1 Februari ini
Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023.

Zambry beri bayangan bertanding Pemilihan UMNO
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan UMNO yang bakal diadakan sebelum 19 Mei tahun ini.