Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meluahkan rasa penghargaan tidak terhingga kepada pucuk pimpinan tertinggi parti yang meletakkan kepercayaan terhadapnya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tambun.
Menurutnya beliau tidak akan mensia-siakan kepercayaan tersebut memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu.
Husni yang akan mempertahankan kerusi itu buat penggal keenam, yakin kawasan itu akan maju dan membangun dengan lebih pesat dengan kemenangan BN.
Beliau yang pertama kali menang kerusi itu pada 1995 berhasrat terus memajukan dan mentransformasi Tambun terutamanya dalam sektor modal insan sekiranya diberi mandat sekali lagi.
“Syukur kerana saya dicalonkan semula untuk Tambun, saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan atas kepercayaan ini. Saya juga berterima kasih kepada jentera parti yang saya anggap seperti keluarga…sentiasa beri sokongan kepada saya untuk menggalas amanah ini,” kata ahli politik veteran berusia 65 tahun itu.
‘‘Mereka akan bersama-sama dengan saya ...kerana selama ini kita telah melakukan pembangunan, kita lihat Tambun dulu dan kini sudah berbeza,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Calon BN Perak di Kediaman Menteri Besar, di sini,hari ini.
Justeru, ahli politik veteran itu bakal berdepan dengan calon baharu daripada Pas, iaitu Ibrahim Zakaria.
Ahmad Husni berkata pihaknya juga akan melaksanakan strategi berbeza dan menggembleng tenaga bersama badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu menggerakkan usaha bagi memenangkan BN pada kali ini.
Katanya, beliau yakin keputusan tindakan meletakkan jawatan Kabinet pada Julai 2016 lepas sebagai rahmat kerana dapat meluangkan masa yang lebih dengan masyarakat disebabkan lebih banyak masa terluang.
Katanya, beliau juga mempunyai peluang untuk menjalinkan jaringan komunikasi yang lebih luas bersama dengan masyarakat setempat dari pelbagai latar belakang di seluruh Malaysia sebaik sahaja menyerahkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kewangan sebelum ini.
“Setiap kali saya berjumpa dengan mereka, saya akan pastikan suara mereka, keinginan dan permasalahan mereka disampaikan kepada pucuk pimpinan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,”ujarnya.
Malah, Ahmad Husni tidak menolak sekiranya diberikan mandat untuk dicalonkan bagi jawatan Menteri sekali lagi untuK PRU14.
“Sekiranya Perdana Menteri ingin mencalonkan saya sekali lagi sebagai Menteri,saya akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik berbanding sebelum ini, kerana saya lebih mengenal rakyat, dan saya boleh berinteraksi lebih baik,”katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Tue Apr 24 2018

Husni tidak akan mensia-siakan kepercayaan tersebut memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu. - Gambar fail
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Najib tidak ambil apa-apa tindakan - Saksi
Ahmad Husni, 70, berkata beliau akan mengambil tindakan segera, dan mendakwa pindahan itu akan akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan.

Perbicaraan 1MDB: Shafee, bekas Menteri Kewangan II 'bertikam lidah'
Perbicaraan 1MDB Najib bermula tegang pagi ini dengan peguam utamanya terlibat dalam perbalahan dengan saksi, bekas Menteri Kewangan II ketika itu, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Najib tidak mahu saya masuk campur urusan 1MDB - Ahmad Husni
Ahmad Husni, 70, berkata beliau menyuarakan kerisauan itu pada hujung 2009.

Bung Moktar mohon kelulusan labur RM150 juta dalam unit amanah daripada Kementerian Kewangan
Bung Moktar dan beberapa ALP lain bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak RM50 juta dalam unit amanah itu.

Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali'
Najib mengakui beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low beberapa kali, berkenaan operasi akaun bank peribadinya.

Tuduhan Husni diperlakukan sekadar 'office boy' satu jenaka - Najib
Tuduhan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah bahawa beliau diperlakukan sekadar office boy adalah satu komedi, kata Najib Razak.

Kes SRC Najib: Pendakwaan tutup kes, mahkamah dengar hujah 22 Okt
Pendakwaan menutup kesnya terhadap Najib selepas pemeriksaan balas saksi terakhir, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Rosli Husain.

Kes SRC: Husni akui tipu media berhubung alasan peletakan jawatan untuk lindungi Najib
Husni memberitahu pihak media bahawa peletakan jawatan itu tiada kaitan dengan syarikat SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun sebaliknya.

Pemindahan SRC ke MKD tidak libatkan pembayaran tunai - Saksi
Datuk Mat Noor Nawi, 64, berkata kaedah yang dinyatakan di dalam deraf memorandum pemindahan tersebut adalah bayaran interim daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan.

Surat SRC International mohon pinjaman RM3.95b dari KWAP hanya dua muka surat - Saksi
Amirul Imran berkata surat bertarikh 3 Jun 2011 dan ditandatangani Pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil itu memohon pinjaman bagi tujuan modal pusingan dan pelaburan am tanpa had.