Ibu pejabat MIC hari ini dikunci selepas diarahkan presidennya Datuk Seri G. Palanivel walapun notis untuk mengadakan mesyuarat khas parti itu akan pada 6 petang ini.
Naib presiden Datuk M.Saravanan yang mengesahkan perkara itu menyifatkan tindakan itu menunjukkan Palanivel takut kerana tiada suara majoriti akan menyokongnya.
“Hari ini sepatutnya diadakan mesyuarat khas. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah mengarahakan MIC untuk mengadakan mesyuarat khas dalam 14 hari. Namun lapan hari sudah berlalu dan tiada tanda Presiden mahu mengadakan mesyuarat.
“Mengikut perlembangan sekirangnya ada permintaan 15 orang ahli majlis tertinggi mesyuarat boleh dilakukan. Notis telah pun dihantar semalam kepada semua majlis tertinggi mengenai mesyuarat khas hari ini.
“Tapi hari ini Presiden bagi arahan supaya ibu pejabat MIC tutup dengan niat menghalang mesyuarat tu. Ini bukti Palanivel takut tiada sokongan majoriti,” tambah Palanivel ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata dalam perlembagaan MIC, majlis tertinggi yang lain boleh meminta untuk mengadakan mesyuarat tetapi harus dipengerusikan Presiden.
Namun tambah beliau jika presiden tidak hadir sebuah mensyuarat yang diadakan ahli majlis tertinggi yang lain boleh dilantik sebagai pengerusi mesyuarat itu.
Astro Awani
Fri Feb 13 2015

SARAVANAN : Presiden bagi arahan supaya ibu pejabat MIC tutup dengan niat menghalang mesyuarat tu. Ini bukti Palanivel takut tiada sokongan majoriti. - Gambar fail

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Ibu pejabat MIC dikunci, Palanivel takut tiada suara majoriti - Saravanan
Ibu pejabat MIC hari ini dikunci selepas diarahkan presidennya Datuk Seri Palanivel Govindasamy walapun notis untuk mengadakan mesyuarat khas parti itu akan diadakan pada jam 6 petang ini.