KUALA LUMPUR:Proklamasi darurat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, merupakan ruang terbaik untuk ahli politik, baik dari blok kerajaan mahupun pembangkang untuk membuktikan kematangan mereka.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia bukan sesuatu yang mustahil jika semua pihak meletakkan khidmat dan bakti kepada rakyat mendahului aspek lain.
"Inilah peluang untuk membuktikan mereka boleh bekerjasama demi rakyat dan menghentikan semua elemen politik untuk fokus kepada usaha pembangunan semula negara.
"Ini juga masa untuk mereka menunjukkan semangat politik berhemah dengan peranan mereka untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, dan bukan lihat kepada usaha nak kukuhkan kerajaan atau parti masing-masing.
"Jika ini dapat dilakukan maka tujuan semak dan imbang sepanjang darurat boleh diterjemahkan dengan penambahbaikan yang mahu dilakukan," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI.
Dr Sivamurugan juga berpandangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu berani mengambil risiko dalam mengambil keputusan yang tidak popular, jika ia diperlukan dan diyakini memberi kebaikan kepada rakyat.
"Apa yang penting adalah memastikan setiap keputusan bukan atas dasar politik tetapi untuk melandaikan lengkung pandemik serta mendampingi rakyat.
"Jika keyakinan rakyat dapat diperoleh, mereka pasti menerima setiap keputusan dan langkah yang diambil.
"Dilema rakyat ketika ini ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika darurat. Mereka perlu diyakinkan bahawa keterbatasan dalam PKP boleh diatasi bersama di bawah pelaksanaan darurat," tambahnya.
Madiha Abdullah
Wed Jan 13 2021

Ini ruang terbaik untuk ahli politik, baik dari blok kerajaan mahupun pembangkang untuk membuktikan kematangan mereka.... demi rakyat Malaysia! - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi
Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat.

Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.

Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.

Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.

Selesema burung, California isytihar darurat
Gabenor California Gavin Newsom pada Rabu mengisytiharkan darurat berikutan wabak selesema burung H5N1 yang telah menjangkiti 34 orang.

Vanuatu bergelut hadapi kesan gempa bumi yang ragut 14 nyawa
Negara Pasifik Selatan, Vanuatu, memohon bantuan antarabangsa selepas gempa bumi bermagnitud 7.3 meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, termasuk dua rakyat China, serta merosakkan bangunan dan infrastru

Peru isytihar darurat di Callao untuk banteras jenayah terancang
Peru mengisytiharkan darurat di enam daerah wilayah pantai Callao berikutan peningkatan keganasan kumpulan jenayah terancang.

Presiden Yoon terima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Korea
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menerima peletakan jawatan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun.

Itali isytihar darurat ke atas dua wilayah dilanda banjir
Bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) diperuntukkan kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche.

Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.