Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kenyataan gurauannya bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu sesi sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana Ahad lalu sebagai 'memaki' Pengerusi Pakatan Harapan (PH) diputarbelitkan oleh segelintir pihak.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata situasi di antara beliau dengan Dr Mahathir yang tular dalam media sosial sejak kebelakangan ini adalah jelas semata-mata bergurau demi menaikkan semangat maruah Melayu.
Menurutnya, isu dakwaan kononnya beliau memaki Dr Mahathir dianggap politik bangang dimainkan segelintir pihak.
"Itu semua dipanggil politik bangang. Jelas itu saya bergurau dengan PM (Dr Mahathir) dengan (Presiden Amanah) Mat Sabu demi menaikkan semangat maruah (Melayu)... ini semua picisan, " katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Semalam Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Tunku Abaidah menggesa semua pihak agar tidak melaga-lagakan Anwar dengan Dr Mahathir.
Merujuk kepada perkembangan terkini semasa sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Tunku Nashrul berkata Anwar tidak menyebut perkataan ‘barua’ namun menjelaskan bosnya menyebut perkataan ‘maruah’ ketika menyebut mengenai Kongres Maruah Melayu yang diadakan Ahad lalu.
Dalam video berkenaan Anwar berkata kepada Dr Mahathir secara bergurau yang beliau semakin bertenaga sebaik memberikan ucapan di Kongres Maruah Melayu yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam.
Anwar berkata, 'sejak balik daripada Kongres Maruah ini (Tun Dr Mahathir) lain macam'.
Anwar berkata demikian sambil diperhatikan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
Sebelum ini Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat kenyataan mempersoalkan tindakan Anwar yang didakwanya menyebut ‘Kongres Barua’ yang merujuk kepada Kongres Maruah Melayu.
Khairuddin berkata, "Saya yakin perkataan ‘Kongres Barua’ yang dilontarkan oleh Anwar itu merujuk kepada Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan baru-baru ini.
“Mungkin Anwar kecewa kerana tidak dijemput pada peringkat awal cuma mendapat jemputan di saat-saat akhir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sinar Harian
Wed Oct 09 2019
Anwar kesal kenyataan gurauannya bersama Dr Mahathir pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana itu diputarbelit segelintir pihak. -Gambar fail
Agenda AWANI Asia: Usaha tangani bencana alam
Apakah strategi dan pendekatan menangani bencana alam abad ini? Sejauh mana tahap kesedaran masyarakat awam terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana alam? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Minat pelabur asing mengukuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Januari 2025
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Nigeria sah sertai BRICS sebagai negara rakan
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Brazil dalam kenyataan pada Sabtu.
Suk Yeol hadir pendengaran bantahan penahanan rasmi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri pendengaran di sebuah mahkamah di Seoul pada Sabtu untuk membantah kemungkinan penahanan rasminya atas keputusan penguatkuasaan undang-undang tentera bulan lepas.
Eksesais La Perouse: Perkukuh kerjasama maritim Malaysia-Perancis
Kerjasama membabitkan Malaysia dan Perancis terus diperkukuhkan dengan pembabitan kedua-dua negara Eksesias La Perouse.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan
Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
Masyarakat antarabangsa perlu hormati gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
Masyarakat antarabangsa mesti memastikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel dihormati.
PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
PM Anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
PM Anwar bertemu 15 kapten industri UK, tarik pelaburan ke Malaysia
Sesi yang berlangsung selama kira-kira 45 minit itu melibatkan pelbagai sektor antaranya pelaburan, pakar pasaran baru muncul, pengurusan aset, dan kewangan.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.