JOHOR BAHRU: “INTERNET tak pernah lupa.”
Itu kata Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab dakwaan seterunya Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sikap UMNO sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah punca kegagalan Muafakat Nasional.
Dalam perkongsian terbaharu di Facebooknya, bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa, Muhyiddin tidak bercakap benar tentang soal pencalonan Ketua Menteri selepas mereka bersama-sama memenangi PRN Sabah.
Katanya lagi, kenyataan Muhyiddin bahawa Perikatan Nasional hanya menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri selepas kempen berakhir adalah tidak benar, kerana rekod media menunjukkan kenyataan itu dibuat pada 12 September 2020, iaitu hari pertama berkempen.
“Tapi internet tak lupa. Hari dia kata Hajiji bakal Ketua Menteri Sabah ialah 12 Sept 2020. Hari penamaan calon (iaitu bermulanya kempen PRN Sabah: 12 Sept, 2020).
"Jadi, tang mana yang kamu tunggu hingga kempen tamat sedangkan sebelum kempen bermula pun kamu sudah berniat nak namakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah?
“Awal-awal lagi dia sudah rancang - bukan sehingga tempoh kempen tamat seperti dalam kenyataan dia tadi,” kata Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional itu lagi.
Semalam, Muhyiddin, yang juga bekas Perdana Menteri mendakwa, tindakan beliau menamakan Hajiji sebagai calon adalah kerana Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri tidak berbuat demikian.
Kerana itu Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau menamakan Hajiji sebagai calon KM Sabah daripada PN sekiranya PN memenangi jumlah kerusi yang terbesar dalam kalangan parti-parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Dan akhirnya, tambahnya lagi, keputusan PRN menunjukkan PN mempunyai kerusi terbesar, iaitu 17, diikuti BN (14) dan PBS (7), menjadikan parti yang beliau pimpin tu memenangi kerusi terbanyak dalam kalangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
BACA: Muhyiddin ingatkan Najib malu itu separuh daripada iman
Dalam pada itu, Najib berkata, kenyataan Muhyiddin bahawa tiada satu pun pertembungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di PRN Sabah, juga kenyataan yang dimanipulasi.
“Tempat-tempat DUN Sabah yang PPBM menang itu merupakan kerusi tradisional UMNO. Kebanyakan calon pun 'katak' yang lompat dari UMNO.
“Tetapi, UMNO disuruh serahkan kerusi tersebut pada PPBM; UMNO disuruh berkempen untuk mereka di kerusi diserahkan UMNO.
"UMNO menang 14 kerusi, PPBM menang 11 kerusi. Tetapi PPBM pula jadi Ketua Menteri Sabah.
"Tak payah nak putar belit lagi. Niat kamu sudah kita tahu,” katanya lagi.
Selain itu, Najib juga mencabar Muhyiddin untuk menafikan hasratnya untuk menamatkan dominasi UMNO, selain menggalakkan ‘scheme of things’, seperti yang tular dalam rakaman audio pada tahun lepas.
“Sila juga nafikan rakaman ini bukan suara kamu yang didakwa dari mesyuarat MKT PPBM pada 23 Feb 2020 di mana suara ini merancang untuk sogok ahli-ahli UMNO untuk menjadi parti terbesar kerajaan? Cuba nafikan.
"Jadi, kenapa pula UMNO perlu berkawan dengan pihak yang niat sebenarnya ialah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya dengan rancangan dari awal-awal lagi untuk sogok dan beli ahli UMNO?” soal Najib lagi.
Firdaus Azil
Fri Feb 04 2022
Najib (kiri) mendakwa Muhyiddin tidak bercakap benar soal pencalonan Ketua Menteri selepas mereka bersama-sama memenangi PRN Sabah. -Gambar fail
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.