KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Dia (Isham) akan terima surat dalam masa terdekat," kata Ahmad Zahid secara ringkas sebagi menjawab kenyataan Isham yang mengesahkan belum menerima sebarang surat daripada UMNO mengenai status keahliannya yang dilaporkan dipecat daripada parti.
Timbalan Perdana Menteri itu ditemui pemberita selepas majlis pelancaran MyNext TVET dan Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama (MoC) Transformasi TVET, antara kerajaan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 6 Dis lepas, bersetuju memecat Isham daripada parti dipercayai susulan kritikannya terhadap parti, yang dilihat bertentangan dengan pendirian UMNO sebelum ini dalam usaha memperkukuh Kerajaan Perpaduan.
Mengenai kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bahawa parti itu semakin lemah dan mempunyai ahli bersifat duri dalam daging, Ahmad Zahid berkata kenyataan itu mempunyai kebenarannya.
"Sejak 2018 lagi, kita menyaksikan pelbagai watak dalaman yang menjalankan kerja-kerja seperti tikus membaiki labu," katanya.
Justeru Ahmad Zahid berkata apa yang sedang dilakukan oleh kepimpinan UMNO pada masa ini, terutamanya Majlis Perkaderan dan Latihan UMNO ialah menjalankan latihan-latihan berbentuk baharu yang bertujuan bukan sahaja menyerap kembali semangat, tetapi rasa kerja sepasukan dalam kalangan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO.
Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri itu membidas dakwaan kononnya UMNO tidak mengamalkan sistem demokrasi dalam parti.
"UMNO sentiasa melayani perbedaan pendapat dalam kalangan ahli mahupun pemimpin, namun jangan sampai mengecam parti dari dalam dan merosakkan parti.
"Kita mahu tenaga muda ini yang berada dalam UMNO sama ada (sayap) Puteri atau Pemuda untuk terus menyumbang (kepada parti) dan kita juga telah membuka keahlian melalui permohonan atas talian. Kami tiada masalah untuk peroleh ahli muda dan baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023

Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas majlis pelancaran MyNext TVET dan Pertukaran Dokumen MoC Transformasi TVET, antara kerajaan dengan GLC dan syarikat swasta sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Bukit Jalil, hari ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.