KUALA LUMPUR: UMNO berpendapat bekas timbalan perdana menteri dan Ahli Parlimen Bera, Pahang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, adalah individu paling layak untuk dicalonkan sebagai perdana menteri.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia susulan penolakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri, selain timbalan presiden Datuk Seri Mohamad Hasan tidak memenuhi kriteria, kerana berstatus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
"Jadi kita pergi yang nombor tiga (dalam hierarki parti) iaitu Ismail Sabri yang telah ada pengalaman sebagai menteri yang menjaga COVID-19, sebagai menteri kanan dan ada pengalaman menjadi ketua pembangkang.
"Beliau juga ada pengalaman jadi timbalan perdana menteri dan rasa beliaulah (calon) paling layak dalam senarai yang ada," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Menara Dato Onn di sini hari ini.
Ismail Sabri ialah Naib Presiden UMNO, manakala Ahmad Zahid adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Perak serta Mohamad, ADUN kawasan Rantau, Negeri Sembilan.
Terdahulu, UMNO hari ini mengadakan pertemuan dengan Pas yang dihadiri Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kesemua 18 Ahli Parlimen Pas menyokong penuh Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan, dan menegaskan surat akuan bersumpah telah diserahkan kepada Istana Negara.
"Kita telah bincang bersama dan membuat keputusan. Jadi tak ada masalah, Pas kita 'solid' sokong calon dari Barisan Nasional," kata bekas menteri alam sekitar dan air itu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos, meminta 220 Ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon perdana menteri kepada Istana Negara.
Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh Isnin lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021

Ahmad Maslan berkata, Ahmad Zahid menolak untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Pemilihan UMNO: Wan Rosdy gariskan sebab kenapa tawar diri bertanding Naib Presiden
Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mededahkan sebab dia memilih untuk menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

PAU2022: Boleh rujuk RoS teliti semula kelulusan usul Presiden, Timbalan tak dipertanding - Ismail Sabri
Mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan

Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.

PRU15: Anwar perlu minta maaf tuduh tentera dibayar RM300 undi awal - Ismail Sabri
Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 bertujuan merendahkan imej anggota pasukan keselamatan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

NGO antarabangsa, media Indonesia puji pendirian Ismail Sabri ke atas Myanmar
NGO dan media Indonesia memuji keberanian Ismail Sabri yang lantang bersuara mengenai nasib rakyat Myanmar dan kekejaman dialami mereka di negara yang diperintah junta.

Lokman Adam fail tuntutan balas terhadap Ismail Sabri
Selepas disaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial, Datuk Lokman Noor Adam pula memfailkan tuntutan balas terhadap perdana menteri itu.

PRU15: Ismail Sabri beri bayangan manifesto BN ada 'tawaran besar' buat pengundi muda
Manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangkakan memberi 'tawaran besar' buat golongan muda di negara ini.

PRU15: Fokus keutamaan bekerja untuk rakyat - Ismail Sabri
Budaya berdebat tidak memberikan hasil, sebaliknya kerajaan lebih menumpukan tugas menjaga kepentingan rakyat.

PRU15: DUN di bawah BN bubar serentak dengan pembubaran Parlimen
Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).