SEREMBAN: Keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menunjukkan kesepakatan dan kestabilan parti itu menghadapi PRU15.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu juga jelas menunjukkan kematangan parti, sekali gus menutup spekulasi bahawa parti itu berkecamuk dalam menentukan 'poster boy'.
"Bagi saya menghadapi pilihan raya, kita mesti uruskan 'rumah tangga' kita dulu, kita perlu pastikan dalam rumah tangga kita teratur, kalau rumah tangga berkecamuk, siapa yang nak kita tonjolkan, ia menjadi tanda tanya dan jadi berebut-rebut itu tidak baik bagi parti, jadi bila pucuk pimpinan dah memutuskan ini maka dalam parti lega.
"Orang kata UMNO berkecamuk, tak dapat pilih siapa 'poster boy', jadi kita jelas bahawa kita bersepakat perdana menteri sekarang adalah calon terbaik...UMNO kini bersatu, tenang dan bersiap sedia hadapi pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14 di sini hari ini.
BACA: Ismail Sabri bersyukur, sambut baik keputusan MKT UMNO
BACA: MKT UMNO cadang Ismail Sabri calon PM untuk PRU-15
Mohamad yang juga ADUN Rantau itu berkata tindakan menamakan Ismail Sabri itu juga, menunjukkan kestabilan UMNO dengan tiada lagi masalah dalaman yang timbul, sekali gus parti itu boleh menyusun strategi menghadapi PRU15 nanti.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO itu turut mengulangi pendiriannya bahawa, tempoh sekarang hingga Jun ini merupakan 'masa terbaik' sekiranya diadakan PRU15 berdasarkan 'faktor semangat' dalam kalangan jentera pilihan raya, selepas kemenangan dalam PRN Melaka dan Johor.
"Mood 'feeling good' itu masih ada, ketika ini juga kita lihat parti pembangkang dalam keadaan bercempera (pecah-belah), jadi sebagai perancang kepada parti, ini waktu terbaik diadakan PRU15.
"Kita ikut 'window' fasa berfasa, masanya dari sekarang hingga Jun, kalau lebih (dari tempoh itu) kita tengok 'window' lain sebab dinamik politik berubah-ubah, kita tak boleh kata keadaan ini berpanjangan sehingga akhir tahun atau tahun hadapan...perlu kaji dengan teliti," katanya.
Mengulas mengenai persiapan PRU15, Mohamad berkata beliau akan ke setiap negeri selepas Ramadan, bagi memantau dan meneliti kerusi mana yang perlu difokuskan dan berpotensi untuk peroleh kemenangan.
"Ada kawasan yang kita nak kekalkan, ada kawasan yang kita nak dapatkan dan ada kawasan yang kita nak kurangkan kekalahan, itu strategi saya...kita perlu berpijak di atas realiti, bukan semua kita mahu bertanding," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022

Mohamad berkata beliau akan ke setiap negeri selepas Ramadan, bagi memantau dan meneliti kerusi mana yang perlu difokuskan dan berpotensi untuk peroleh kemenangan. - Gambar fail/BERNAMA
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Tumpuan Khamis – 27 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

PAS enggan layan polemik siapa wajar jadi PM
PAS lebih mengutamakan hak rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dan bukan soal siapa yang layak menjadi perdana menteri.