KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan yang menghadiri 191 Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara.
Menerusi perkongsiannya dalam laman Facebook, beliau berkata sebagai parti yang mengutamakan agenda rakyat, UMNO akan terus menjadi wadah anak bangsa yang memayungi kesejahteraan serta kejayaan negara.
"Bersama kita membulat tekad, agar parti keramat UMNO sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan rakyat, agama, bangsa dan tanah air tercinta," kata Ismail Sabri.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 8 Dis lepas memutuskan untuk mengadakan mesyuarat empat peringkat UMNO iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda, Pergerak Puteri dan UMNO Bahagian pada 11, 12, dan 18 Dis di seluruh negara.
MKT UMNO juga memutuskan Perhimpunan Agung UMNO 2021 diadakan pada 13 hingga 15 Jan depan secara hibrid.-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021

Ismail Sabri berkata, sebagai parti yang mengutamakan agenda rakyat, UMNO akan terus menjadi wadah anak bangsa yang memayungi kesejahteraan serta kejayaan negara. - Gambar/ Bernama
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 ditangguhkan
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang sepatutnya bermula 27 November ini ditangguhkan berikutan wabak COVID-19.