Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan isu melibatkan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang yang didakwa mahu memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah diselesaikan secara bersama dalam Barisan Nasional (BN).
Ia berikutan UMNO Johor dan MCA Johor telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu berkenaan secara baik.
"Kita sudah dapat kata sepakat di mana isu ini telah dapat diselesaikan. Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang menghormati keputusan kepimpinan pusat.
"Kepimpinan pusat telah memastikan bahawa semua isu berhubung BN, kita selesai cara BN," katanya ketika ditemui media selepas menutup Forum Komunikasi Dunia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Justeru, Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berharap isu berkenaan tidak lagi timbul, sebaliknya semua anggota BN bersama-sama menumpukan kepada soal pembangunan ekonomi.
"Saya harap semua bersatu untuk menghadapi cabaran ekonomi negara. Kita jangan berpecah-belah, kita kena bersatu dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri bagi memastikan isu ekonomi ditangani dengan cepat," kata Tiong Lai.
MCA komited untuk membantu Perdana Menteri menyelesaikan isu-isu ekonomi yang dihadapi negara kita," katanya lagi.
Pemuda MCA Pasir Gudang, Chia Chow Hui sebelum ini mengeluarkan kenyataan mahu memutuskan hubungan dengan Najib susulan kenyataan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu di Kuala Lumpur pada 16 September lalu.
Kenyataannya mendapat kecaman pelbagai pihak dalam BN termasuk Pengerusi Pemudanya, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan serta tidak matang.
Rahimah Abdullah
Tue Sep 29 2015

TIONG LAI: Kita sudah dapat kata sepakat di mana isu ini telah dapat diselesaikan. Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang menghormati keputusan kepimpinan pusat. -Gambar fail

Program Santuni MADANI: PHB pilih Kampung Palu-Palu sebagai kampung angkat
Program terbabit menyantuni penduduk kampung dengan menumpukan kepada apsek pembangunan pendidikan dan sosioekonomi
Kandungan palsu: individu gagal hadir ke mahkamah ditangkap
MCMC menahan individu muat naik kandungan palsu gagal hadir ke mahkamah

Menteri New Zealand lepaskan jawatan selepas insiden letak tangan di lengan kakitangan
Andrew Bayly kesal dengan tingkah lakunya yang dianggap beliau sebagai "agak berlebihan."

Manchester United akan hentikan 150 hingga 200 lagi pekerja
Manchester United telah mengalami kerugian selama lima tahun berturut-turut dan perkara itu tidak boleh berterusan, kata CEO, Omar Berrada.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas. #AWANInews
Dewan Rakyat: isu RUU pembaharuan semula bandar, banjir antara tumpuan hari ini
Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Amerika tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Keputusan AS tolak resolusi yang disokong Ukraine itu meletakkan Washington dalam kedudukan bertentangan dengan sekutu tradisionalnya di Eropah.
Pasca perang Syria: EU gantung sebahagian sekatan terhadap Syria
Kesatuan Eropah (EU) menggantung pelbagai sekatan terhadap Syria berkuat kuasa serta-merta pada Isnin, termasuk sekatan berkaitan tenaga, perbankan, pengangkutan, dan pembinaan semula.
A.S tolak usul kecaman terhadap Rusia di PBB
Amerika Syarikat bergabung dengan Rusia untuk mengundi menentang resolusi Perhimpunan Agung PBB yang mengutuk perang Rusia terhadap Ukraine pada Isnin, dalam perubahan mengejut daripada dasar Amerika Syarikat selama bertahun-tahun.
Konflik di Ukraine: Trump: Putin terima cadangan eropah hantar pasukan pengaman
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, menerima cadangan Eropah untuk menghantar pasukan pengaman ke Ukraine sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata.

Isu Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang selesai - Tiong Lai
Isu melibatkan Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang yang didakwa mahu memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah diselesaikan secara bersama dalam Barisan Nasional (BN).

'Tiong Lai, mahu sokong Pemuda MCA Pasir Gudang atau tidak?' - Pemuda UMNO
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai didesak membuat kenyataan rasmi sama ada menyokong atau tidak pendirian Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang.