TANAH MERAH: "Itu semua sudah selesai, sahabat kita semua," kata Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika ditanya mengenai kenyataan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang mahu berehat daripada politik.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Jawapan ringkas itu diberikan Ahmad kepada pemberita selepas Ceramah dan Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Kelantan Maju Rakyat Sejahtera (Manifesto PRU Dewan Negeri Kelantan ke-15) pada malam tadi.
Media sebelum ini melaporkan, Nik Mohamad Abduh atau Nik Abduh mengumumkan ‘berpuasa’ dan berehat daripada politik tanah air.
Bekas Ahli Parlimen Bachok itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh rehat beliau itu.
Dalam hantaran sama, Nik Abduh memaklumkan perkara itu merupakan tempoh paling sukar buat diri beliau dan bondanya.
"Saya puasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh. Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.
“Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” katanya dalam hantaran berkenaan.
Difahamkan, Nik Abduh mengambil keputusan itu selepas berlaku konflik namanya tidak tercalon untuk bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Bapa saudaranya, Nik Din Nik Mat mendakwa Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjadi punca anak saudaranya tidak dicalonkan di DUN Chempaka.
Nik Din juga mendakwa, tindakan itu dibuat kerana tidak mahu ahli keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz bertapak di Pengkalan Chepa.
Bagaimanapun, Mohd Amar menafikan beliau terlibat menggugurkan nama Nik Abduh dan menyifatkan tuduhan itu satu fitnah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 31 2023

Ahmad menyampaikan ucapan Pelancaran Program Manifesto Pilihan Raya Umum PN negeri Kelantan di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah pada malam tadi. - Foto BERNAMA

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya tak pernah bercita-cita jadi MB - Mohd Nassuruddin
Bagaimanapun, ADUN Meranti itu berkata, beliau terima jawatan tersebut sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul.

Fadzli MB, Nassuruddin TMB baharu Kelantan?
Takiyuddin berkata, ada dua nama yang akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Isnin bagi mendapat perkenan.

MB baharu Kelantan perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan Pusat
Menteri Besar Kelantan yang baharu perlu berintegriti dan menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan Pusat demi kesejahteraan rakyat.

PRN: Serangan terhadap saya dibuktikan dengan pertambahan majoriti - Mohd Amar
Kemenangan Datuk Mohd Amar Abdullah dengan majoriti yang bertambah membuktikan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu masih diterima oleh sebahagian besar penyokong Pas dan pengundi.

PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.

PRN: Dakwaan gaduh dengan Takiyuddin, Mohd Amar tegaskan mengarut
Mohd Amar menafikan beliau bergaduh dengan Takiyuddin berkaitan keputusan parti itu yang mahu membuat perubahan jawatan menteri besar Kelantan dan timbalan.

PRN: Pertukaran MB Kelantan, timbalan kerana mahu semangat baharu - Abdul Hadi
Presiden Pas berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya dibuat kerana inginkan semangat baharu di negeri itu.

Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

PRN: Mohd Amar enggan ulas isu tukar MB, Timbalan MB Kelantan
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah enggan memberi sebarang komen berkaitan keputusan Pas melakukan perubahan jawatan menteri besar dan timbalannya.