Pas Wilayah Persekutuan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa ada dalam kalangan jentera Pas telah mengambil 'pil kuda' ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13.
Sambil menyifatkan dakwaan itu adalah tidak benar Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohd Noor Mohamad berkata, pihaknya turut akan meminta perkara tersebut disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018.
"Beliau sepatutnya menunjukkan bukti dan tidak membuat dakwaan semata-mata," katanya dalam sidang media pengumuman Manifesto Pas Wilayah Persekutuan di Putrajaya malam ini.
Hari ini, Tengku Adnan dalam majlis pecah tanah dua surau di Putrajaya mendakwa mengetahui mengenai perkara itu semasa kempen PRU13 ketika beliau berdepan pencabar daripada Naib Presiden Pas ketika itu, Husam Musa bagi kerusi Parlimen Putrajaya.
Dakwa Tengku Adnan, beliau hairan melihat petugas Pas mampu bekerja berterusan tanpa tidur selama dua tiga hari.
"Yang budak Pemuda UMNO ini lembik, longlai. Akhirnya bila kita selidik rupanya dia sumbat kawan ini dengan pil kuda," dakwanya.
Hafiz Marzukhi
Sat Apr 14 2018

MOHD NOOR berkata pihaknya turut akan meminta perkara tersebut disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Dewan Negara lulus pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018
Dewan Negara hari ini meluluskan pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803) setelah kali kedua dibawa ke persidangan itu.

Saya tidak percaya kerajaan - Syed Saddiq
Jelas Menteri Belia Dan Sukan itu, akta tersebut satu contoh jelas bagaimana kerajaan menerusi institusinya menekan pihak yang didakwa menyebar berita tidak benar berkaitan kerajaan.

Akta Antiberita Tidak Benar gagal jadi 'hantu'
Ia bagaimanapun tidak memberi kesan seperti yang diharapkan kerana faktor keberanian dan kebangkitan rakyat.

Isu naikkan GST hanya untuk kelirukan rakyat
Orang ramai yang mendengar sendiri dakwaan GST akan dinaikkan sekiranya BN menang PRU14 digesa segera membuat laporan polis.

Isu pil kuda, dakwaan Ku Nan tidak benar - Mohd Noor
Pas Wilayah Persekutuan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa dalam kalangan jentera Pas telah mengambil 'pil kuda' pada PRU13.

Isu hutan simpan: Ngeh, KUASA ditempelak kongsi fakta separuh masak
Datuk Saarani Mohamad berkata, kedua-dua pihak seharusnya melakukan kajian dengan lebih adil serta terperinci terlebih dahulu sebelum membuka mulut dan melemparkan tuduhan tidak berasas.

Berita Tidak Benar: Keputusan wujudkan Mahkamah Khas tertakluk kepada senarai kes
Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan Mahkamah Khas untuk mendengar kes berkaitan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Pembangkang tidak bersungguh kekang penyebaran berita palsu - Pemuda MIC
Tindakan pembangkang yang mengkritik RUU Akta Antiberita Tidak Benar 2018 menunjukkan mereka tiada kesungguhan untuk mengekang penyebaran berita palsu dan tidak benar.

Akta Antiberita Tidak Benar jaga kepentingan awam, lindungi rakyat - Salleh
Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bertujuan menjaga kepentingan awam serta melindungi rakyat daripada menjadi mangsa penyebaran berita palsu.