Perwakilan Puteri disaran menggunakan platform Perhimpunan Agung UMNO akan datang sebagai medan penyelesaian sebarang masalah dalaman parti.
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, perhimpunan itu juga boleh dijadikan tempat perbincangan dan menterjemah idea demi kekuatan parti.
Jelasnya, tempoh yang ada harus digunakan sepenuhnya untuk memperkasakan Puteri selain membetulkan persepsi masyarakat terhadap sayap UMNO itu.
"Mereka boleh bercakap apa sahaja dan sedar kita tidak ada masa lagi. Kita perlu bersedia kerana Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dalam masa tiga tahun lagi.
"Kita perlu mengambil semangat dan kata apa sahaja semasa perhimpunan kali ini. Kita akan angkat setiap pendapat dan terjemah idea mereka. Suatu kerugian besar jika kita tidak gunakan peluang kali ini sebaiknya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mas Ermieyati mengulas fokus Puteri yang akan dibawa menjelang Perhimpunan Agung UMNO minggu depan.
Jelasnya, Puteri juga akan membawa dimensi baru dalam tugas dan khidmat di dalam parti selain mengharapkan kehadiran mereka tidak dilihat hanya sebagai pembantu dalam mana-mana program UMNO sendiri.
"Pucuk pimpinan Puteri tidak boleh dipandang lesu dan tidak ada suara. Mereka perlu diberi lebih peluang untuk menghadapi cabaran global serta cabaran dunia tanpa sempadan," ujarnya.
Dalam pada itu, kata Mas Ermieyati lagi, antara yang menarik pada perhimpunan kali ini adalah penampilan seorang pembahas orang kelainan upaya (OKU) dan wakil mahasiswi yang akan membahas ucapan dasarnya pada Perasmian Perhimpunan Puteri.
Seramai 991 perwakilan Puteri akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO pada 25 sehingga 29 November ini.
Astro Awani
Fri Nov 21 2014
MAS ERMIEYATI: Jadikan perhimpunan medan selesai masalah dalaman - Gambar fail
Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol.
SK Kerupang Juara Teater Hikayat Kebangsaan 2024
Sekolah Kebangsaan (SK) Kerupang dari Wilayah Persekutuan Labuan berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Teater Hikayat Peringkat Kebangsaan 2024 yang dianjurkan oleh Astro Ceria.
Jika benar harga melampau, laporkan kepada KPDN segera- Armizan
Menteri KPDN memberitahu dakwaan harga ayam mencecah RM16 sekilogram adalah tidak munasabah, jika benar laporkan segera agar siasatan dapat dilakukan.
Rakyat bijak menilai prestasi GRS - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali meminta rakyat di negeri itu agar tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang dimainkan pihak tertentu menjelang pilihan raya negeri akan datang.
LTAK baharu di Tanjong Embang
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Ahad mendedahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu akan dibangunkan di kawasan Tanjong Embang, Asajaya.
Grid Kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga
Penubuhan Grid Kuasa Borneo diterajui Sarawak lonjak kedudukan negeri itu sebagai hab tenaga termasuk hab hidrogen di rantau Asia.
Mukah, Kuching dan Saratok dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dilanda banjir kilat.
Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.
RM10 juta dianggarkan baiki infrastruktur Pitas
RM10 juta dianggarkan bagi membaiki infrastruktur di daerah Pitas yang rosak akibat banjir.
Peka amaran pihak berkuasa, penduduk di Pitas ke PPS lebih awal
Penduduk di Pitas, kali ini mereka lebih bersedia dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa mengenai ancaman banjir.
Jadikan perhimpunan medan selesai masalah dalaman - Mas Ermieyati
Perwakilan Puteri disaran menggunakan platform Perhimpunan Agung UMNO akan datang sebagai medan penyelesaian sebarang masalah dalaman parti.
Pelajar Malaysia dirogol di Bandung, dibawa pulang hari ini
Mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.
Mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran diculik dan dirogol
Mangsa dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.