BANGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang menjadi medan untuk membuktikan Kerajaan Perpaduan kekal kuat di negara ini.
Dalam ucapan pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor pada Jumaat, Anwar sekali lagi berjanji Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan bekerja keras, menyokong satu sama lain demi misi khidmat untuk rakyat.
"Calon PH akan kerja sepenuh hati, calon UMNO pun kita akan menangkan. Dengan segala daya usaha kita akan buktikan kepada mereka yang cuba porak perandakan perpaduan kita, yang kerajaan ini akan kekal kukuh dan kuat dalam negara," katanya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan beberapa lagi pimpinan UMNO dan Pakatan Harapan.
Beliau turut meluahkan penghargaan terhadap seluruh pasukan kerajaan perpaduan yang dilihat berjaya mempertahankan prinsip bebas rasuah dan tatakelola yang baik sepanjang lapan bulan berkhidmat.
Anwar menegaskan, isu yang dimainkan pembangkang berkaitan hubungan baiknya dengan UMNO serta Ahmad Zahid sudah tidak lagi relevan, apatah lagi apabila ramai pimpinan pembangkang juga terpalit dengan pelbagai kes mahkamah.
"Ini bukan pertarungan politik biasa. Mengapa benci sangat dengan UMNO? Sudah lapan bulan kita bekerjasama, saya beritahu Perikatan Nasional, boleh tak menteri dia dulu cakap, satu kepentingan pun tak ambil?
"Mereka (pembangkang) takkan berani sebut. Lapan bulan kita mentadbir, kita jaga tata kelola, kita lawan rasuah habis-habisan. Saya salute Ahmad Zahid dan pasukan Kerajaan Perpaduan pertahankan prinsip ini.
"Mereka sakit hati Anwar baik dengan Zahid, katanya ada kes mahkamah. Ya betul, ketua kamu pun ada kes mahkamah juga," tegasnya lagi.
Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan beliau tidak mempunyai masalah menerima kritikan yang berkaitan dengan prestasi kerajaan perpaduan, namun ia harus dilakukan dengan fakta yang betul dan bukan serangan berbentuk peribadi.
"Kata mereka saya kena pilih, nak jadi perdana menteri ke nak jadi penyanyi? Saya Perdana Menteri, sesekali nak menyanyi, kenapa nak sibuk?
"Mereka kata, nak jadi selebriti atau Perdana Menteri, atau nak bercakap di universiti. Apa masalahnya?
"Kalau nak kritik dasar saya tak betul, dasar ekonomi tak betul, pelaburan tak sampai, saya boleh terima tapi bukan begitu.
"Yang ada tak habis-habis fitnah, kata Islam, pakai jubah, serban tapi fitnah. Bukan seorang (yang buat) tapi ramai," katanya.
Madiha Abdullah
Fri Jul 07 2023

Anwar sekali lagi berjanji Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan bekerja keras, menyokong satu sama lain demi misi khidmat untuk rakyat. - Gambar Bernama

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.

Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.