Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias menawarkan diri untuk bertanding jawatan Anggota Majlis Tertinggi dalam pemilihan UMNO, 30 Jun ini.
Jalaluddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu berkata keputusan itu dibuat demi kelangsungan perjuangan mempertahankan nasib agama, bangsa dan tanah air.
"Jika diberi mandat oleh anggota, saya sangat berkeyakinan akan dapat membantu parti dalam usaha untuk kembali bangkit selepas melalui episod hitam dan pahit kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
"Saya fikir, UMNO tidak boleh terlalu lama meratapi kekalahan yang menyebabkan hilangnya kuasa tampuk pemerintahan negara, sebaliknya perlu segera menyusun semula parti dan jenteranya bagi membolehkan institusi keramat ini terus relevan buat orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.
Jalaluddin, 54, yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata UMNO tidak boleh terus dibayangi oleh imej dan persepsi negatif bersandarkan pelbagai faktor yang tidak adil dalam pertimbangan penghakiman kepada parti ini oleh majoriti pengundi dalam PRU14.
Sebaliknya, beliau berkata UMNO harus berani melakarkan imej baharu yang lebih disenangi dan diyakini oleh rakyat jelata, sekali gus memadamkan imej lama untuk ia disimpan dalam lipatan sejarah parti.
"Berbekalkan azam, tekad yang jitu serta pengalaman dalam parti, saya dengan ini merayu para perwakilan UMNO di seluruh negara untuk memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
"Sama-samalah kita pertahankan parti keramat kita yang telah begitu banyak menabur jasa dan budi kepada umat Melayu dan rakyat keseluruhannya selama ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 08 2018

Jika diberi mandat, saya akan membantu parti dalam usaha untuk kembali bangkit selepas melalui episod hitam kekalahan BN dalam PRU14.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Jalaluddin Alias tawar diri bertanding MT UMNO
Datuk Jalaluddin berkata keputusan itu dibuat demi kelangsungan perjuangan mempertahankan nasib agama, bangsa dan tanah air.