KUALA LUMPUR:Kemelut yang berlaku dalam kepimpinan UMNO di peringkat pusat ketika ini menyebabkan masalah dihadapi oleh orang Melayu semakin tidak diendahkan.
Demikian pandangan pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis, yang menyatakan pucuk pimpinan UMNO seharusnya menyelesaikan kemelut yang melanda dengan kadar segera.
Ini supaya fokus dapat diberikan dalam mengembalikan ekonomi rakyat ke landasan yang stabil.
“Dalam konteks sekarang, selepas COVID-19 dan sebagainya, nampaknya isu-isu Melayu itu tidak lagi dilihat sebagai keutamaan.
“Ketika ini, isu ekonomi rakyat sangat menekan, khasnya dalam konteks hilang pekerjaan, selain tindakan kerajaan yang lambat memberikan respons dalam isu-isu berbangkit ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Ujar Mujibu, rakyat sudah letih menilai krisis politik yang berpanjangan ini.
“Isu yang sepatutnya didasari kerajaan adalah untuk kembali membangkitkan ekonomi ke landasan yang betul.
“Antara lain, menyelesaikan permasalahan rakyat,” tambahnya.
Dalam pada itu, mengulas kesediaan berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jelas Mujibu, UMNO tidak boleh bergerak secara sendirian, sebaliknya perlu mengutamakan permuafakatan antara parti.
“Mereka perlu faham hakikat dalam konteks negara berbilang kaum, dengan isu mengundi mengikut jalur kaum, maka tidak ada parti yang barangkali mampu menjadi kerajaan jika bertanding secara bersendirian.
“Mereka (pemimpin UMNO) ini muncul sebagai ahli politik bukan atas kehendak ahli parti tetapi atas kehendak rakyat yang menentukan nasib mereka.
“Jadi, rakyat mengharapkan mereka menunaikan janji serta manifesto demi kesejahteraan mereka,” tegasnya.
Nickyson Nyambar
Thu Jan 07 2021
![Pemimpin UMNO jangan abai realiti masalah Melayu - Penganalisis Pemimpin UMNO jangan abai realiti masalah Melayu - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609954688_Mujibu.jpg)
MUJIBU: Dalam konteks negara berbilang kaum, dengan isu mengundi mengikut jalur kaum, tidak ada parti yang barangkali mampu menjadi kerajaan jika bertanding secara bersendirian. - Astro AWANI
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Dakwaan Ismail Sabri ditekan cubaan pecah belahkan kepimpinan UMNO - Mahdzir Dakwaan Ismail Sabri ditekan cubaan pecah belahkan kepimpinan UMNO - Mahdzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660383613_MahdzirKhalid.jpg)
Dakwaan Ismail Sabri ditekan cubaan pecah belahkan kepimpinan UMNO - Mahdzir
Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditekan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO pada Rabu lalu adalah cubaan untuk memecahbelahkan kepimpinan UMNO.
![Zahid Hamidi tidak perlu letak jawatan tetapi berundurlah secara terhormat Zahid Hamidi tidak perlu letak jawatan tetapi berundurlah secara terhormat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71617790130_MohdHelmiBuangPe.jpg)
Zahid Hamidi tidak perlu letak jawatan tetapi berundurlah secara terhormat
Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang saran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur secara terhormat dan melepaskan jawatan tertinggi dalam UMNO.
![Penyatuan parti Melayu: Anwar mahu dengar sendiri dari Tun M Penyatuan parti Melayu: Anwar mahu dengar sendiri dari Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553808655_AnwarIbrahim.jpg)
Penyatuan parti Melayu: Anwar mahu dengar sendiri dari Tun M
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim henggan mengulas pelawaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya orang Melayu bersatu, termasuk daripada UMNO dengan menyertai Parti Bersatu.