JOHOR BAHRU: Sebarang bentuk penyaluran bantuan kerajaan sepanjang tempoh berkempen, termasuk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram tidak boleh menggunakan lambang parti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata perkara itu juga telah dibincangkan bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
"Ada berbangkit tentang penyaluran bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat, lambang parti tidak boleh digunakan. Ini telah diamalkan Perikatan Nasional (PN) dahulu dan saya percaya ada juga satu dua kes berlaku dalam Kerajaan Perpaduan.
"Arahan kita perkara ini (guna lambang parti), tidak boleh kerana bantuan kerajaan harus disalur atas nama kerajaan," katanya selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat dan Penyerahan 1,000 bakul Rahmah di Dataran Taman Dahlia di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan pada esok, pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.
Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandangnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
Anwar berkata sepanjang tempoh berkempen juga semua pemimpin dan jentera parti diminta mematuhi dan menghormati segala peraturan ditetapkan SPR bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Anwar berkata kerajaan sedaya upaya tidak mahu rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup dengan memastikan segala aspek yang boleh dikawal kerajaan, termasuk dalam pemberian subsidi barangan keperluan, diteruskan untuk kemudahan ramai.
Beliau berkata ia termasuk memperluaskan dan meneruskan lagi inisiatif Jualan Rahmah iaitu legasi peninggalan Allahyarham Salahuddin yang terbukti banyak membantu rakyat kurang berkemampuan untuk memiliki barangan keperluan pada harga lebih rendah.
Bagaimanapun katanya, ada perkara yang berada di luar kawalan kerajaan, misalnya apabila kerajaan India mengumumkan untuk menaikkan cukai eksport bagi bawang sebanyak 40 peratus, yang dijangka akan memberi kesan kepada kenaikan harga bawang di negara ini.
Menurutnya disebabkan itu, bagi tempoh jangka masa panjang, kerajaan memberi tumpuan agar sektor pertanian terus diperkasa bagi mengurangkan kebergantungan import makanan yang mencecah puluhan bilion ringgit setiap tahun,
Selain Onn Hafiz, turut hadir pada majlis kenduri berkenaan ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, Naib Presiden Amanah Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, dan calon yang dinamakan Amanah bagi bertanding pada PRK Pulai, Suhaizan Kaiat.
Sebelum itu, Anwar menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Johor Zaidi Salman di Masjid Jamek Ar-Rahman, Taman Dahlia, di sini dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Kenduri Rahmah dan Penyerahan 1,000 Bakul Rahmah di Dataran Taman Dahlia, Tampoi hari ini. - Foto BERNAMA

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.

MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap

Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.

PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.

PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.

Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.