Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini mengingatkan anggota MIC, agar tidak menjadi 'musuh dalam selimut', kerana ia boleh menghancurkan parti yang dibina sejak 71 tahun yang lalu.
Beliau menegur tindakan segelintir anggota MIC yang sengaja "menamakan" diri sendiri sebagai calon kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), walaupun nama calon belum dimuktamadkan.
"Sesetengah telah menganggap diri mereka sebagai calon PRU14. Tindakan seumpama ini sudah cukup untuk membawa kebinasaan kepada MIC yang telah dibina sekian lama.
"Kalau tiga calon 'memilih diri sendiri' untuk bertanding di satu-satu kawasan, ia seakan-akan menggali kubur sendiri.
"Oleh itu, hari ini, saya menyeru semua ahli MIC untuk bekerjasama dan bersatu dalam menyokong calon MIC yang akan dipilih nanti," katanya ketika berucap pada hari pertama Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan akan menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung MIC esok.
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan anggota MIC agar sentiasa mengutamakan sikap bersatu padu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam mengekalkan momentum sebagai satu pasukan, dan bukannya untuk kepentingan individu.
"Kita sedia maklum PRU14 adalah mencabar. Kita tidak boleh membenarkan parti India yang lain mengambil alih peranan MIC dalam Barisan Nasional (BN). Justeru, kita perlu mengembalikan kegemilangan MIC dengan memenangi lebih kerusi berbanding PRU13.
"Kita perlu melipatgandakan usaha dalam mengembalikan semula kepercayaan (penuh) masyarakat India. Itulah janji kita kepada kaum India. Kita tidak akan melepaskan mereka begitu sahaja," katanya.
Sebelum ini, Dr Subramaniam dilaporkan berkata MIC menyasarkan memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN daripada keseluruhan 28 kerusi yang dijangka ditandingi pada PRU14.
Pada PRU13 pada 2013, MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lima daripada 18 kerusi DUN yang ditandinginya.
Menurut Dr Subramaniam, MIC menyasarkan untuk meningkatkan peratusan undi kaum India kepada BN, daripada 45 peratus hingga 50 peratus, pada PRU13, kepada 60 peratus pada PRU14.
Katanya usaha parti setakat ini berjaya mendaftarkan pengundi baharu kedua terbanyak selepas UMNO dalam barisan komponen BN.
"Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India merupakan senjata untuk meyakinkan kaum India bagi menaruh kepercayaan kepada kepimpinan MIC dan BN serta meningkatkan kedudukan masyarakat India," jelas beliau.
Pada April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India sebagai dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti India di negara ini bagi tempoh 10 tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2017

Dr Subramaniam berkata, MIC menyasarkan untuk meningkatkan peratusan undi kaum India kepada BN, daripada 45 peratus hingga 50 peratus, pada PRU13, kepada 60 peratus pada PRU14. - Gambar fail
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.