Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak ada masalah dengan fenomena ‘Bossku’ yang dicetuskan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ketika ini, sambil dirinya dipalit skandal dan pelbagai pertuduhan pecah amanah, Najib berusaha untuk turun padang bertemu rakyat membawa jenama ‘Bossku’ itu dalam usaha memulihkan imejnya.
Kata Khairy, Najib berhak untuk mempertahankan dirinya tetapi tidak harus terlalu berusaha untuk menegakkan benang yang basah.
“Pandangan peribadi saya, kita mesti ada kompas moral. Saya harap kalau ada usaha untuk mempertahankan diri sebagai individu, itu tidak melibatkan UMNO secara rasmi.
“Kalau orang UMNO nak pergi (acara turun padang ‘Bossku’) tak apa, tetapi jangan sekali-kali kaitkan dengan UMNO,” tegas beliau semasa sesi Bicara Minda Sinar Harian di sini hari ini.
Jelasnya, UMNO perlu bergerak ke hadapan dan buktikan kepada rakyat bahawa mereka sudah belajar dari kesilapan lalu selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Pada masa sama, kata Khairy, perlu ditunjukkan bahawa perjuangan parti keramat itu bukanlah bersandarkan populariti sahaja untuk memenangi hati seterusnya undi daripada rakyat.
“Kita kena tunjuk kepada masyarakat Melayu, khususnya, bahawa kita ada nilai.
“Kalau dah silap, mengakulah kesilapan tersebut,” ujarnya.
Astro Awani
Mon Apr 29 2019

Khairy (kanan) dan moderator program, Tan Sri Johan Jaafar, semasa sesi Bicara Minda Sinar Harian, di Shah Alam, 29 April, 2019.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad, Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - -Lagu Ini Mudah Melekat-

PDRM cuba bawa balik Jho Low sebelum hujung tahun - IGP
Menjelang hujung tahun ini, usahawan kelahiran Malaysia yang sangat dikehendaki, Low Taek Jho atau Jho Low dijangka dibawa pulang ke tanah air.

'SPRM tidak cukup anggota'
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, Malaysia sekurang-kurangnya memerlukan 5,000 anggota.

Jangan kaitkan 'Bossku' dengan UMNO - KJ
Khairy Jamaluddin ingatkan supaya jangan ditegakkan benang yang basah.

UMNO bangkit semula? Ini jawapan Rafidah Aziz
Kemerosotan politik serta peningkatan budaya politik wang antara faktor utama kekalahan UMNO.

'Tiada maaf bagimu' - Rafidah Aziz jawab tuduhan jual AP
"Tuduhan jual AP, saya tidak akan maafkan orang terbabit." Rafidah Aziz

'Dosa masing-masing' - Rafidah Aziz beri 5 sebab tidak bertudung
"Lima sebab mengapa saya tidak bertudung." - Rafidah Aziz

'Jangan panggil Najib mantan, tapi bekas ...' - Mohamad Hasan
Penampilan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Bicara Minda - forum anjuran Sinar Harian mencuit hati penonton yang hadir.

'Saya masih ke pasar beli barang dapur' - Saifuddin Nasution
Jelas beliau, 'tugas' yang dipegang sejak 30 tahun lalu masih kekal digalasnya.

Pembunuhan Jamal Khashoggi satu kezaliman - Dr Mahathir
Beliau berkata negara ini tidak menyokong perbuatan membunuh seorang pengkritik kerajaan.

Mengapa IPTA ada kegilaan mengejar ranking? - Maszlee
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mempersoalkan kegilaan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dilihat terlalu mengejar ranking berbanding memfokuskan matlamat utama penubuhan.