Seluruh pimpinan Pakatan Harapan (PH) seharusnya tidak mempermainkan dan mengkhianati amanah yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu dengan menjalinkan pakatan baharu bersama parti pembangkang, untuk membentuk kerajaan pintu belakang.
Demikian disuarakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, yang menyifatkan ia satu tindakan gelojoh pemimpin-pemimpin tertentu, sama ada dari PH, Pas, UMNO atau parti pembangkang lain, yang mempunyai agenda peribadi untuk memiliki semula kuasa mentadbir Malaysia.
Beliau menasihatkan mana-mana pemimpin PH yang tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan yang dikeluarkan pimpinan tertinggi parti dan mahu membentuk "pakatan baharu," supaya menunggu sehingga PRU akan datang bagi mendapatkan mandat yang baharu dan sah daripada rakyat.
"Saya daripada dulu sebut bahawa, kita kena hormati mandat rakyat. Mandat rakyat adalah Pakatan Harapan. Jadi, kalau kita betul tak setuju, tak puas hati, tunggulah mandat rakyat semula. Jadi, masa mandat rakyat itu adalah dalam pilihan raya akan datang.
"Sekarang ini, yang disebut Pakatan Nasional ini, adalah disebabkan ada agenda peribadi pemimpin yang gelojoh kuasa. Dia nak kuasa. Kalau pembangkang nak jadi kerajaan, padahal rakyat tak sokong (pembangkang), rakyat pilih mereka sebagai pembangkang pada masa ini, tetapi mereka nak berkuasa (dengan segera)," katanya.
Ismail berkata demikian menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya.
Tambahnya, apa-apa tindakan membentuk koalisi Pakatan Nasional atau "kerajaan pintu belakang" adalah perkara yang tidak boleh dihormati rakyat sama sekali.
Ia bukan sahaja merampas kuasa daripada parti yang sah dipilih menerusi mandat rakyat bahkan melanggar amalan dan kesuburan sistem demokrasi yang diamalkan negara.
"Mulanya bentuk Muafakat Nasional, yang itu sama-sama pembangkang. Dalam kerajaan pun, ada yang gatal (kemaruk kuasa) itu dalam Pakatan Harapan, join sekali, jadi Pakatan Nasional.
"Jadi, pada saya, apa pun yang terjadi kita tak respect lah. Kalau betul pun berlaku macam Perak dulu, maka kita rasa, sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam sistem demokrasi yang kita amalkan," jelas beliau.
Amanah Kedah kini memiliki empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Kedah.
Parti terbabit berjaya membentuk kerajaan negeri Kedah yang baharu bersama-sama Bersatu (6 kerusi DUN), PKR (7 kerusi DUN) dan DAP (1 kerusi DUN).
Manakala di pihak pembangkang, Pas memiliki kerusi DUN tertinggi di negeri itu dengan 15 kerusi, diikuti Barisan Nasional (2 kerusi DUN).
Abdul Hadi Che Awang
Sun Feb 23 2020
![Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529536925_IsmailSalleh.jpg)
ISMAIL: Tunggulah mandat rakyat semula.
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
![Dakwa ada aktiviti mencurigakan di Bukit Enggang, Amanah Kedah desak siasatan Dakwa ada aktiviti mencurigakan di Bukit Enggang, Amanah Kedah desak siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688729741_IsmailSalleh.jpg)
Dakwa ada aktiviti mencurigakan di Bukit Enggang, Amanah Kedah desak siasatan
Amanah Kedah menggesa siasatan menyeluruh oleh agensi yang berkaitan dilakukan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik selepas mendakwa terdapat kegiatan mencurigakan di kawasan itu.
!['Pemimpin, ahli keluar Amanah selamat maju jaya' - Mat Sabu 'Pemimpin, ahli keluar Amanah selamat maju jaya' - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71669915254_MohamadSabu.jpg)
'Pemimpin, ahli keluar Amanah selamat maju jaya' - Mat Sabu
Mohamad Sabu mengucapkan 'selamat maju jaya' kepada beberapa pimpinan dan ahli Amanah di Kedah yang bertindak keluar daripada parti itu berikutan pemecatan pengerusinya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.
![Bersatu perlu selesai isu kepimpinan peringkat nasional - Amanah Kedah Bersatu perlu selesai isu kepimpinan peringkat nasional - Amanah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583413480_Phahrolrazi.jpg)
Bersatu perlu selesai isu kepimpinan peringkat nasional - Amanah Kedah
Bersatu dilihat lemah apabila isu kepimpinan nasional berbeza dengan yang diputuskan di peringkat negeri, kata Pengerusi Amanah Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.
![Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529536925_IsmailSalleh.jpg)
Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah
Datuk Dr Ismail Salleh berkata, usaha membentuk pakatan baharu agar menunggu sehingga PRU akan datang bagi mendapatkan mandat baharu dan sah daripada rakyat.