KUALA LUMPUR: Adalah "amat janggal" bagi UMNO menasihatkan ahli parlimennya dan menteri serta timbalan menteri daripada parti itu untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional, menurut seorang penganalisis.
Penganalisis Politik dan Geostrategis Dr Azmi Hassan berkata ini adalah kerana sebilangan menteri UMNO memegang portfolio penting dan penarikan sokongan mereka boleh menjejaskan program pemvaksinan kebangsaan, dan beliau memberi contoh seperti Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
"Apa yang saya bimbangkan jika mereka berdua menarik sokongan, ia akan mewujudkan satu ketidakseimbangan dalam pelaksanaan vaksinasi kita yang berada pada peringkat yang amat penting sekarang, " katanya dalam program "Mid-Day Update" Bernama TV berjudul "Current Political Climate and Mandate on Vaccination" (Iklim Politik Semasa dan Mandat ke atas Pemvaksinan) pada Khamis.
Azmi berkata rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan menumpukan 100 peratus pada situasi semasa, menstabilkan ekonomi dan memerangi peningkatan kes-kes COVID-19.
"Pada masa ini, kami sebagai rakyat tidak berada di dalam keadaan yang terbaik, kami mahukan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya mengendalikan isu ini," kata beliau.
"Bagaimanapun dengan tekanan politik semasa daripada pembangkang, saya rasa kerajaan akan mendapati adalah sukar untuk menumpukan kepada kehendak rakyat, maka oleh itu semua polemik politik perlu dihentikan," katanya.
BACA: MKT UMNO tarik sokongan, mahu Muhyiddin letak jawatan sebagai PM
BACA: UMNO beri tempoh sehingga Sabtu untuk semua Ahli Parlimennya nyatakan pendirian
Beliau juga berkata keputusan untuk membentangkan usul undi percaya ke atas perdana menteri dalam sidang Dewan Rakyat bulan hadapan adalah kaedah terbaik untuk meredakan kemelut politik di dalam negara.
"Usul itu merupakan langkah terbaik, membenarkan Parlimen membuat keputusan adalah langkah ke hadapan terbaik," katanya.
"Walaupun ada pihak mempersoalkan kenapa ia perlu dibawa pada bulan hadapan dan bukan sekarang, apa yang penting pembentangan usul itu merupakan langkah ke hadapan terbaik," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021
Dengan tekanan politik semasa daripada pembangkang, Azmi berpendapat, kerajaan akan mendapati sukar untuk menumpukan kepada kehendak rakyat. - Gambar fail
Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.
Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS, namun, Musk sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
Washington tidak iktiraf ICC, waran tangkap buat Netanyahu tiada makna
Amerika Syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk menahan Netanyahu, bahkan mengecam keras tindakan ICC.
Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.
Netanyahu tiba di White House untuk bertemu Trump
Kunjungan Netanyahu ke White House menjadikan beliau pemimpin asing pertama yang melawat AS dalam penggal kedua pentadbiran Trump.
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.