SERDANG: Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata resolusi itu susulan usul di peringkat negeri termasuk Pahang dan Perak agar kedua-dua jawatan tidak dipertanding.
"Resolusi kedua adalah mempertimbang pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.
Kedua-dua resolusi disokong oleh 1,500 perwakilan pada persidangan yang dirasmikan Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang hari ini.
Saravanan, yang juga bekas Menteri Sumber Manusia, berkata MIC akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Pilihan Raya Umum ke-16.
Bagaimanapun, beliau berkata MIC dan Vigneswaran akan memutuskan isu mengenai sokongan parti kaum India itu apabila tiba waktunya.
"Meskipun tidak mengutamakan soal jawatan tetapi MIC tidak akan berkompromi jika mana-mana pihak tidak menghormati kami," katanya.
Saravanan juga berkata MIC adalah satu-satunya parti di negara ini yang memberikan komitmen tinggi terhadap kebajikan dan pendidikan komuniti India sejak 1946.
Mengambil Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) sebagai contoh, beliau berkata MIC akan terus membiayai pengajian pelajar India yang memerlukan dalam bentuk pinjaman dan biasiswa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2023

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung MIC ke-77 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), hari ini. - Foto BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.

Ismail Sabri hargai kesetiaan MIC terus bersama BN
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghargai kesetiaan MIC yang terus bersama Barisan Nasional (BN) walaupun gabungan itu berhadapan cabaran besar selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

PM Muhyiddin minta MIC utamakan politik perpaduan
Dalam era politik baharu sekarang, semua parti mempunyai peranan dan sumbangan yang sama penting untuk menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negara.

Jangan jadi 'musuh dalam selimut' bawa kehancuran MIC - Dr Subramaniam
Beliau menegur tindakan segelintir anggota MIC yang sengaja "menamakan" diri sendiri sebagai calon kerusi Parlimen atau DUN bagi PRU14, walaupun nama calon belum dimuktamadkan.