KUALA LUMPUR: Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.
Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Azmi Hassan berkata perkara itu dikuatkan lagi dengan kewujudan 'cakap-cakap' yang menyatakan kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 adalah kerana presidennya.
"Kalau tidak dipertanding, kekalkan presiden atau timbalan presidennya seperti sekarang maka tekanan-tekanan berterusan supaya presiden, timbalan presiden turun berundur menyebabkan UMNO tidak akan pulih, sentiasa berada di situ (tidak stabil).
"Jadi kalaulah dipertanding dan presiden serta timbalan presiden dapat pertahankan jawatan maka ini membuktikan bahawa akar umbi UMNO mahu kepimpinan sekarang (menerajui parti)," katanya kepada Bernama hari ini.
Justeru menerusi padangan peribadi beliau, seharusnya kedua-dua jawatan itu dipertanding supaya tiada lagi tekanan kepada presiden dan timbalan dalam menjalankan tugas.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Profesor Sivamurugan Pandian pula berkata jawatan itu wajar dipertanding bagi memelihara proses demokrasi yang selaras dengan Perlembagaan UMNO.
Beliau berkata keabsahan penyandang jawatan itu akan mengikat pihak yang cuba menyoal legitimasi kepimpinan individu terbabit.
"Ini boleh menjadi mesej kepada ahli dan mereka yang di luar parti bahawa untuk bergerak ke hadapan, mereka perlu mengadaptasi suasana politik mutakhir.
"Kalaupun ada yang menyoal, ia akan membawa perpecahan dan solidariti, parti perlu menanganinya dengan baik supaya golongan muda serta pengundi melihat tiada sekatan dalam parti. Ia akan menampakkan integriti politik dipertahan dan parti bergerak ke arah yang betul," katanya.
Sivamurugan berkata perwakilan UMNO boleh memutuskan sebaliknya namun realiti politik kini sehingga Kerajaan Perpaduan terbentuk adalah penting untuk parti itu membuat perubahan dan pembaharuan.
Bagi Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Kartini Aboo Talib @ Khalid, jawatan itu perlu dipertanding supaya (kebimbangan mengenai) salah guna kuasa oleh kepimpinan parti dapat dikurangkan ke tahap minimum.
"Ia juga bantu menggalakkan peluang terbuka buat bakat baharu dan generasi muda memegang tampuk kepimpinan," katanya.
Pada Julai lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan meluluskan permohonan berkaitan pindaan Perlembangaan parti itu supaya pemilihan di semua peringkat diadakan tidak lebih enam bulan selepas PRU diadakan.
Jawatan Presiden UMNO kini disandang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) manakala Timbalan Presiden parti itu disandang oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, yang merupakan Timbalan Pengerusi BN.
Tiga lagi jawatan utama parti yang digelar top five iaitu Naib Presiden dan kini disandang oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Datuk Seri Mahdzir Khalid, selain Ahli Majlis Tertinggi, turut dipertanding.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022

Azmi Hassan berkata perkara itu dikuatkan lagi dengan kewujudan 'cakap-cakap' yang menyatakan kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 adalah kerana presidennya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding - Penganalisis Politik
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertanding bagi memenuhi hasrat akar umbi yang mahu kepimpinan kini meneruskan perjuangan parti itu.

PAU 2022: UMNO dalam keadaan genting jika jawatan Presiden tidak dicabar - Penganalisis
UMNO dilihat berada dalam keadaan genting pada masa akan datang sekiranya jawatan Presiden kekal tanpa dicabar pada pemilihan parti itu tidak lama lagi.