Isu penggunaan wang derma dana politik perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci agar rakyat tidak terkeliru istilah akaun peribadi yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Koordinator Unit Perundangan Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, walaupun akaun itu berbeza dengan akaun amanah, akaun peribadi Najib turut mempunyai beberapa pemegang amanah yang tersendiri.
"Saya rasa pertama faktanya sudah ada. Sebelum ini Barisan Nasional (BN) sudah mencadangkan agar diadakan satu terma mengenai sumbangan dana namun masih tidak dipersetujui DAP.
"Isu ini perlu diperjelaskan, walaupun ia akaun persendirian Najib tetapi ia tetap dijaga beberapa pemegang amanah," katanya semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Razali mengulas kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin yang memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Kenyataan SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat SRC International selain laporan hasil siasatan berkenaan, dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara.
Dalam pada itu kata Razali, UMNO juga perlu segera menjelaskan isu itu kepada ahli parti dan rakyat.
"Di luar sana sudah timbul persoalan dan jenaka. Kita perlu masa untuk menjelaskan kepada umum supaya mereka tahu perkara sebenar. Kita tahu semua ambil berat isu ini," jelasnya.
Pada Selasa, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan derma dana politik RM2.6 bilion yang diterima Najib bukan satu jenayah.
Katanya, undang-undang di Malaysia tidak melarang parti politik untuk menerima sumbangan.
Dalam pada itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa SPRM mendedahkan senarai penderma dan jumlah yang diderma daripada RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.
Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata setiap daripada mereka perlu disiasat dan tujuan didermakan dengan jumlah yang begitu besar disalurkan.
Wan Syamsul Amly, Israr Khalid
Wed Aug 05 2015

RAZALI: Isu ini perlu diperjelaskan, walaupun ia akaun persendirian Najib tetapi ia tetap dijaga beberapa pemegang amanah. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.

Warisan nafi dapat dana daripada sindiket pengedaran dadah di Sabah - Setiausaha Agung
Parti itu anggap tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah politik melampau bagi menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya.

Isu dana judi: Parti disiasat tidak perlu panik, kelam-kabut - Azalina
Siasatan berhubung dakwaan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak terhenti pada satu agensi sahaja.

Dana politik: "Bukan hanya pembangkang, pemimpin kerajaan turut disiasat" - PM Anwar
Pihak penguatkuasa sahkan bahawa siasatan terhadap pemimpin kerajaan turut dilakukan, kata PM.
![[KOLUMNIS] Keperluan kawalan ke atas pembiayaan politik [KOLUMNIS] Keperluan kawalan ke atas pembiayaan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679394881_DanaPolitik.jpg)
[KOLUMNIS] Keperluan kawalan ke atas pembiayaan politik
Maruah diri tidak lagi bernilai tetapi kedudukan dan wang ringgit menjadi kayu ukur kejayaan seseorang. Maruah negara di mata dunia tidak diperdulikan hanya kerana ingin mengekalkan kuasa.

Haramkan penerimaan dana politik dari luar, cadang Tengku Razaleigh
Ku Li mendakwa, politik wang terus menular dalam negara disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah.

Pembelian undi tidak kira apa istilah tetap satu kesalahan - G Manimaran
Bukan hanya libatkan pemberian wang semata-mata tetapi jamuan dan tiket juga dikira elemen rasuah membeli undi.

RUU Pendanaan Politik: DAP gesa libat urus dengan parti pembangkang
DAP menggesa agar sesi libat urus mengenai kandungan RUU tersebut diadakan juga dengan parti pembangkang.

RUU Sumbangan Politik larang terima dana daripada pihak berkaitan kerajaan
Turut dimasukkan ialah larangan menerima sumbangan daripada GLC dan syarikat yang menerima lesen atau geran daripada kerajaan.