Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) perlu memiliki tiga daya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi BN Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, tiga daya itu ialah daya tahan, daya juang dan daya saing.
Beliau berpendapat, tempoh sehingga hari mengundi 9 Mei sangat penting kerana ia bakal menentukan masa depan negara.
"Oleh itu, jentera BN perlu ada tiga elemen penting iaitu daya tahan, daya juang dan daya saing untuk menghadapi lawan," katanya ketika berucap melancarkan Briged Gempur 2314, Pemuda BN Parlimen Tapah di Arena Merdeka, di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri M Saravanan, wakil Datuk Dr Mah Hang Soon, Chong Seng Hing dan Ketua Pemuda BN Tapah, Safri Mohd Salleh.
Terdahulu, mereka menyertai lebih 1,000 anggota Briged Gempur 2314 Pemuda BN Tapah di dalam konvoi bermotosikal dari Kompleks Sukan di Tapah Road ke Arena Merdeka.
Samsudin berkata, BN telah memperjuangkan nasib rakyat sejak merdeka sehingga membawa banyak kemajuan negeri Perak dan negara Malaysia.
"Contohnya, Perak akan dapat sebuah lapangan terbang di Seri Iskandar dan kita memerlukan sokongan padu rakyat, termasuk penduduk Tapah, untuk merealisasikannya," ujar beliau.
Beliau juga berharap agar Tapah yang mempunyai 37 pusat daerah mengundi (PDM) akan terus menjadi model semangat BN kerana mempunyai wakil rakyat daripada Melayu, Cina dan India.
Sementara itu, Saravanan yakin Tapah akan jadi kubu kuat BN selama-lamanya kerana banyak kejayaan dan pembangunan yang telah dilakukan.
"Wakil-wakil rakyat UMNO, MIC dan MCA berganding bahu untuk sama-sama membangunkan Tapah dan menjaga kebajikan semua rakyat di parlimen ini," ujarnya.
Beliau berkata, kemakmuran hasil kestabilan politik yang dibawa BN selama ini, bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat negara ini, malah turut dirasai oleh seluruh dunia.
Beliau memberi contoh, berjuta-juta rakyat negara luar datang ke negara ini untuk mencari rezeki di negara ini.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Apr 15 2018
Tempoh sehingga hari mengundi 9 Mei sangat penting kerana ia bakal menentukan masa depan negara.
Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam.
It's About YOUth: Creating a greener future with art
Can art inspire a greener future? Andrew Woon from Faber-Castell Malaysia and young artist Chan Ellen explore the transformative power of art in fostering environmental awareness among youth.
Liputan 5G di Sarawak capai 63.8 peratus kawasan berpenduduk - Pengurus Besar SMA
Tahun lepas juga menyaksikan SMA memperkukuh keselamatan siber untuk agensi kerajaan negeri menerusi Program CyberSarawak.
Setiausaha Agung ASEAN tegaskan komitmen perkukuh hubungan media pada sesi libat urus
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menegaskan komitmennya untuk memperkukuh hubungan dengan komuniti media.
Polis sahkan terima laporan penemuan bangkai kucing
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan pihaknya ada menerima laporan.
MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengutip dan membersihkan 4,440 kilogram (kg) sampah sarap yang berpotensi menjadi pusat pembiakan serangga pembawa penyakit, di sebuah rumah di daerah Barat Daya.
Hakim Persekutuan AS sekat sementara rancangan Trump kurangkan pekerja kerajaan pusat
Keputusan itu dibuat beberapa jam sebelum tarikh akhir pada tengah malam untuk pekerja memilih program peletakan jawatan yang ditangguhkan.
AWANI Tonight: Jakim’s advice not policy, needs govt approval - Cabinet
Jakim may advise Muslims on safeguarding their faith but this does not equate to official policy, says the government. Any policies must also receive Cabinet approval before implementation.
Consider This: Yayasan Tunku Abdul Rahman — Reimagining Scholarships
Many people think scholarships are just about money. But the Tunku Abdul Rahman Foundation (Yayasan TAR) is proving that education support can be much more than financial aid. By redefining what it means to qualify for a scholarship, YTAR now prioritizes equity and representation—giving opportunities to those who need them most. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Ida Thein, CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman & Co-Founder of Closing The Gap Malaysia, and Kuhaneetha Bai, 2022 AHAM-Tunku Scholar.
AWANI Tonight: Philippines’ VP Sara Duterte to fight impeachment
Philippines’ VP Sara Duterte says her legal team will fight her impeachment case, as her feud with President Ferdinand Marcos Jr. intensifies.
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.
Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.
'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.