KOTA KINABALU: Joachim Gunsalam sah memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) setelah menewaskan pesaing beliau Joniston Bangkuai dengan kelebihan 5 undi.
Joachim memperolehi sebanyak 339 undi manakala Joniston meraih 334 undi sementara 65 undi lagi disahkan rosak setelah diteliti semasa proses pengiraan dijalankan.
Keputusan itu sekali gus menjawab teka-teki wajah yang bakal menggantikan Maximus Ongkili sebagai Presiden dalam masa tiga tahun lagi.
Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah III memegang jawatan Naib Presiden PBS sebelum memutuskan untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden apabila penyandang terdahulu, Radin Malleh, menolak mempertahankan jawatan.
Seramai 741 perwakilan melibatkan diri dalam proses pemilihan itu bermula pada 10 pagi hingga 6 petang sebelum proses pengiraan dimulakan pada 8 malam.
Isnin lalu, Maximus mengumumkan pengunduran beliau daripada jawatan presiden parti dalam masa tiga tahun atau pun kurang daripada itu.
Pada masa yang sama beliau turut memberi isyarat bahawa bakal penggantinya dapat diketahui melalui pemilihan Timbalan Presiden pada Khamis.
Abdul Hafiz Mustadi
Thu Jun 30 2022

Joachim memperolehi undi sebanyak 339. - Foto Facebook/Joachim Gunsalam
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Sabah rancang bida penganjuran Kongres Dunia IFLA 2031 - Dr Joachim
Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah serta ILAM merancang untuk menyertai Kongres Dunia FLA 2025 di Perancis tahun depan.

Penglibatan swasta dalam projek pembangunan kurangkan beban kewangan Sabah
Sabah sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak swasta untuk turut sama melaksanakan projek pembangunan yang mampu membantu rakyat dan mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri.

Sabah mampu bina masa depan berdaya tahan, saksama dan makmur - Dr Joachim
Dengan menangani aspek berkenaan, Sabah mampu membina masa depan yang berdaya tahan, saksama dan sejahtera untuk masyarakatnya.

Kontraktor lengahkan pembinaan rumah SMJ disenarai hitam - Joachim
Kerajaan Sabah akan menyenarai-hitam mana-mana kontraktor yang melengah-lengahkan pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

285 koloni setinggan dikenal pasti di Sabah
Jawatankuasa Induk Menangani Setinggan Sabah telah mengenal pasti sebanyak 285 koloni setinggan di seluruh negeri.

Rekod urusan mahkamah anak negeri, keputusan perbicaraan perlu dijadikan jurnal
Rekod urusan dalam Mahkamah Anak Negeri (MAN) serta keputusan perbicaraan di mahkamah itu perlu dibukukan untuk dijadikan sebagai Jurnal Undang-Undang Anak Negeri.

Kejujuran, integriti harus jadi asas semua urusan perniagaan - Joachim
Kejujuran dan integriti harus menjadi asas kepada semua urusan perniagaan sekali gus menyaksikan sesebuah negara termasuk Malaysia tidak akan berdepan isu rasuah dan salah laku.

PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.

Kes COVID-19 naik mendadak, Tuaran kini zon merah - Joachim
Daerah Tuaran kini memasuki kategori zon merah COVID-19 akibat peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.

Pelancong asing ke Sabah tidak perlu jalani ujian COVID-19 prakemasukan
Jemaah Menteri Sabah semalam membuat keputusan itu bagi menyeragamkan sepenuhnya prosedur kemasukan pelancong asing ke Sabah.