KUALA LUMPUR: Datuk Johari Abdul yang dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun, bukan sahaja berpengalaman dalam bidang politik tetapi juga mahir dalam selok-belok pentadbiran kerajaan.
Johari, 67, yang pernah menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), mula memasuki gelanggang politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 dengan bertanding atas tiket PKR di Parlimen Sungai Petani, Kedah, pada November 1999, namun tewas.
Beliau kemudian bertanding di peringkat DUN di kawasan Batu Arang, Selangor pada PRU ke-11, tetapi turut menerima nasib yang sama.
Tewas dua kali ketika bertanding dalam PRU tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya, bapa kepada lapan orang cahaya mata ini terus mencuba pada PRU ke-12 sebelum berjaya merampas kawasan Parlimen Sungai Petani dan berjaya mempertahankan kerusi itu selama tiga penggal.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Pengajian Strategik dari Lancaster University, England dan Sarjana Muda Pengajian Asia Selatan Universiti Malaya (UM) ini turut menempa sejarah pada PRU ke-14 apabila berjaya memenangi kawasan DUN Gurun dan Parlimen Sungai Petani.
Bagaimanapun, beliau tidak bertanding pada PRU15 sebaliknya digantikan anaknya, Dr Mohammed Taufiq Johari, 26, yang memenangi kerusi berkenaan sekali gus menyaksikan dua beranak itu, kini bergandingan di Dewan Rakyat.
Dalam bidang pentadbiran awam dan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) pula, Johari pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Biro Tatanegara, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pengarah Pelaburan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Pengarah Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan.
Semalam, Johari yang juga bekas ADUN Gurun turut mengumumkan keputusan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.
Pada 2009, beliau dianugerahkan darjah kebesaran Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran 'Datuk'. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022

Datuk Johari Abdul yang dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun, bukan sahaja berpengalaman dalam bidang politik tetapi juga mahir dalam selok-belok pentadbiran kerajaan. - Gambar BERNAMA

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Format baharu Parlimen Belia dibentang ke Kabinet dalam masa terdekat
Format baharu Parlimen Belia kini di peringkat akhir dan dijangka dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk diluluskan.

Agong perkenan tujuh akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal KetigaParlimen ke-15 yang berlangsung pada 14Okt hingga 12Dis lepas.

Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.

87 peratus responden termasuk ibu bapa setuju PLKN dilanjutkan - Johari
Sejumlah 87 peratus individu berusia 16 hingga 60 tahun termasuk ibu bapa bersetuju pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilanjutkan.

Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.

Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.

Dukung semangat ASEAN untuk bina persekitaran daya saing positif - Johari
Hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Vietnam khususnya dalam perdagangan penting sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan kerjasama serantau.

Malaysia sebagai Presiden AIPA utamakan ketersambungan dan keterangkuman ASEAN - Johari
Johari dalam ucapannya turut mengulangi dedikasi Malaysia terhadap perpaduan serantau dan diplomasi parlimen.

Johari luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke AIPA Laos
Yang Dipertua Dewan Rakyat luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke mesyuarat Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-45.

Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.