Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg berkata beliau akan menjawab kritikan mengenai tindakan kerajaan negeri membeli Loji Hidroelektrik Bakun daripada kerajaan Pusat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurutnya pihak pembangkang telah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang membayar harga tinggi sebanyak RM2.5 bilion bagi pembelian itu.
"Saya tidak mahu berdebat di akhbar...saya mahu memberikan mereka maklumat terperinci serta apa faedah yang diperoleh daripada pembelian Loji Hidroelektrik Bakun.
"Sidang DUN adalah pentas terbaik kerana pembangkang boleh menyoal saya pada hari itu," katanya dalam sidang media sewaktu lawatan rasmi pertamanya sebagai Ketua Menteri ke Menara Sarawak Energy pada Selasa.
Katanya pembelian loji itu akan meningkatkan bekalan tenaga oleh Sarawak Energy dan akhirnya menjadikan negeri itu sebagai antara kuasa besar bidang itu di negara ini.
Ditanya sama ada pengambilalihan itu telah selesai, Abang Johari berkata ia sudah hampir dimuktamadkan sambil menambah butirannya sedang diperincikan.
Mengenai Empangan Baleh, ketua menteri itu berkata kerja-kerja awal bagi projek itu telah dimulakan.
Katanya, Sarawak Energy telah mengemukakan rancangannya untuk meningkatkan infrastruktur supaya bekalan tenaga setanding dengan pembekal lain dari segi kecekapan membekalkan tenaga.
"Saya meminta mereka mencapai tanda aras seperti Singapura kerana dengan bekalan tenaga seperti itu, saya rasa kami mampu menarik lebih banyak pelabur teknologi tinggi untuk datang ke Sarawak kerana mempunyai tenaga diperbaharui,' katanya.
Abang Johari berkata Sarawak Energy juga memberi taklimat mengenai kejayaan kerjasama mereka membekalkan tenaga kepada wilayah Kalimantan di Indonesia yang memerlukan peningkatan bekalan tenaga.
"Ini bermakna masa depannya adalah baik kerana Sarawak Energy bukan hanya menjadi pembekal tenaga tetapi rakan pembangunan di Borneo, terutama di Kalimantan, Sabah dan kemudian di Brunei," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2017
![Johari mahu jawab kecaman terhadapnya di sidang DUN Sarawak Johari mahu jawab kecaman terhadapnya di sidang DUN Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490715493_KetuaMenteriSarawaK.jpg)
Datuk Abang Johari Openg (tiga, kiri) ketika sidang media selepas majlis menandatangani MoU antara Sarawak Energy Berhad dan Sarawak Forestry Corporation, pada Selasa, 28 Mac, 2017. --fotoBERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680909307_TBAbangJo.jpg)
Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.
![Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674084272_TBMuziumBudayaBorne.jpg)
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
![Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660366194_AbangJo.jpg)
Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.
![GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639822605_GabunganPartiSaraw.jpg)
GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.
![Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658013944_AbangJohariTunOpe.jpg)
Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.
![Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657685762_AbangJohari.jpg)
Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.
![SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51656952329_TBabangjohari.jpg)
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
![Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655679008_TanSriAbangJohari.jpg)
Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
![Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651393340_AbangJohari.jpg)
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.
![Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654639623_TanSriAbangJohari.jpg)
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.