JOHOR BAHRU: Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bermula hari ini, pastinya menarik perhatian ramai pihak memandangkan Johor menjadi negeri pertama mengadakan sidang dewan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bakal dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, persidangan kali ini penting dan mencuri tumpuan memandangkan negara masih berdepan dengan cabaran mengekang penularan pandemik COVID-19.
Persidangan akan bermula dengan titah dan perasmian oleh Sultan Ibrahim sebelum ditangguh dan bersambung Ahad ini.
Persidangan tujuh hari yang dijadual berakhir 22 Ogos itu dilihat sebagai platform penting bagi kerajaan negeri memperjelaskan mengenai pelan tindakan untuk pemulihan ekonomi negeri Johor selain bantuan yang diberikan kepada rakyat Johor yang terjejas berikutan COVID-19.
BACA: Isu keabsahan Hasni dijangka jadi tumpuan sidang DUN Johor - Osman
Johor merupakan negeri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti tipis 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.
UMNO Johor menerajui kepimpinan negeri dengan 14 kerusi; diikuti Bersatu 12 kerusi termasuk DUN Gambir yang disandang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; MIC (dua); dan PAS (satu) manakala pembangkang dibarisi DAP dengan 14 kerusi; Amanah (enam); dan PKR (tujuh).
Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat berkata setakat 4 Ogos, hanya satu usul berkenaan program vaksinasi kepada rakyat Johor diterima pihaknya.
Kali terakhir sidang DUN Johor diadakan pada 26 Nov hingga 6 Dis 2020, yang menyaksikan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad membentangkan Belanjawan Johor 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 12 2021

Persidangan akan bermula dengan titah dan perasmian oleh Sultan Ibrahim sebelum ditangguh dan bersambung Ahad ini. - Foto fail/BERNAMA
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Persidangan DUN Pulau Pinang ditangguh
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung sejak 27 Mei lepas ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Johor negeri pertama mulakan persidangan DUN hari ini
Persidangan kali ini penting dan mencuri tumpuan memandangkan negara masih berdepan dengan cabaran mengekang penularan pandemik COVID-19.

Aset Yayasan Selangor dijual kerana tidak ekonomik - MB
Tindakan itu juga merupakan langkah penstrukturan semula Yayasan Selangor termasuk bagi mengurangkan beban hutang penyewaan dan pembiayaan pengajian berjumlah RM34 juta.

PKPB: Sidang DUN Perlis esok hanya 90 minit
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis esok hanya akan berlangsung selama satu jam setengah.

Sidang DUN ujian pertama Mukhriz sebagai MB Kedah
Persidangan dewan berjalan lancar yang menyaksikan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dapat menjawab soalan yang dibangkitkan pembangkang dengan memuaskan.