PUTRAJAYA: Buat pertama kali dalam sejarah, kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pemegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengekalkan format yang diperkenalkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, iaitu empat Menteri Kanan terdiri daripada Datuk Seri Azmin Ali (Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Kanan Pertahanan), Datuk Seri Fadilah Yusof (Menteri Kanan Kerja Raya) dan Dr Radzi Jidin (Menteri Kanan Pendidikan).
Melalui komposisi itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah Perikatan Nasional (PN) mempunyai dua Menteri Kanan diikuti UMNO - BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) – Gabungan Parti Sarawak (GPS), masing-masing satu Menteri Kanan.
Pemerhati berpendapat, keadaan itu tidak boleh dielakkan memandangkan UMNO dan BN tidak lagi mempunyai ruang untuk menentukan komposisi Kabinet seperti mana yang dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
BACA: Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri Yaakob
[LAPOR LANGSUNG]: Ini senarai anggota Kabinet Ismail Sabri Yaakob
Secara keseluruhan, BN-UMNO mempunyai 11 Menteri, diikuti PN-Bersatu (9), GPS-PBB (4), PN-PAS (3), serta masing-masing satu untuk BN-MCA, BN-MIC, PN-PBRS, PBS, dan Bebas.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu, tidak dimasukkan dalam senarai Kabinet kali ini.
Antara nama-nama yang mencuri perhatian selain empat Menteri Kanan, ialah pengekalan portfolio untuk Tengku Mohd Zafrul sebagai Menteri Kewangan, dan pertukaran portfolio antara Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi.
Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kini memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) menggantikan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang kini Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Dalam senarai itu, beberapa veteran UMNO kini kembali menjadi Ahli Jemaah Menteri, antaranya – Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pembangunan Luar Bandar) dan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).
Antara muka-muka baharu ialah Idris Ahmad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Agama) dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Menteri Belia dan Sukan)
Sementara itu, nama-nama yang digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tugas-tugas Khas)) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi).
Turut digugurkan ialah Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) serta Datuk Zulkifli Al-Bakri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Hal Ehwal Agama).
Dalam perutusannya, Perdana Menteri berkata, barisan Kabinet tersebut mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka, dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.
Jelas beliau lagi, senarai menteri dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.
“Saya akan pastikan Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi. Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,” katanya lagi.
Perdana Menteri turut berkata, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan baginda, yang akan diadakan pada Isnin (30 Ogos) pukul 2.30 petang, di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Firdaus Azil
Fri Aug 27 2021

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, barisan Kabinet tersebut mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet
Portfolio beliau itu juga katanya adalah penting demi pembangunan usahawan-usahawan tempatan.

Pelantikan sebagai TPM pengiktirafan kepada GPS, Borneo - Fadillah
Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak dan blok Borneo, kata Fadillah.

Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak
16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini
Pertemuan tersebut atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.

Majoriti masih tipis, PM perlu ketepikan ego elak perkara sama berulang - REFSA
Pembentukan kerajaan baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengenepikan ego berikutan kedudukannya yang masih mempunyai majoriti tipis.

Kabinet Kerja: Ketiadaan TPM tidak menyalahi undang-undang
Kabinet baharu disifatkan sebagai sebuah Kabinet yang agak besar.

Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.