KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa beliau juga akan memegang portfolio jawatan Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu kerajaan perpaduan.
Sebelum ini, Anwar, 75, pernah memegang portfolio sebagai menteri kewangan selama lapan tahun
-- dari 1991 hingga 1998 - di bawah pentadbiran perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sepanjang tempoh tersebut, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pernah dinamakan sebagai Menteri Kewangan Terbaik oleh Asiamoney pada 1996, manakala Euromoney menamakan beliau sebagai antara empat menteri kewangan terbaik.
Bermula sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 1982, Anwar kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1983, Menteri Pertanian pada 1984, Menteri Pendidikan pada 1986 dan Menteri Kewangan pada 1991.
LAPOR LANGSUNG: Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997, Anwar menyokong prinsip pasaran bebas dan mengetengahkan isu-isu berkaitan hubungan perniagaan dan politik di Malaysia.
Perdana Menteri juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa pada 1998 selama dua tahun dan amat menyokong inisiatif pembatalan hutang bagi negara miskin, terutamanya negara-negara di benua Afrika.
Pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri itu yang diadakan di Putrajaya disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan dan platform media sosial.
Pembentukan Kabinet itu adalah susulan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri pada minggu lepas untuk menerajui kerajaan perpaduan dianggotai PH yang memenangi 82 kerusi, Barisan Nasional (30 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam) dan lain-lain parti.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Nov lepas.
Beliau yang dilahirkan pada 10 Okt, 1947, di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Kebangsaan Stowell.
Sementara itu, beberapa penasihat akan membantu dalam urusan Kementerian Kewangan yang diketuai Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican.
"Urusan Kementerian Kewangan akan dibantu oleh beberapa penasihat yang tidak akan mengambil upah yang diketuai oleh Penasihat Petronas Tan Sri Dr Mohd Hassan Marican," kata Anwar semasa pengumuman barisan Kabinet tersebut.
Mohd Hassan, 70, anak kelahiran Sungai Petani, Kedah, itu adalah bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas serta merupakan salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir dan ahli lembaga Khazanah Nasional Bhd.
Beliau merupakan pemegang ijazah kedoktoran kehormat daripada Universiti Malaya dan Felo Institute of Chartered Accountants in England and Wales.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Nov lepas. - fotoBERNAMA
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
PM Anwar tiba di Davos untuk hadiri Mesyuarat Tahunan WEF 2025
Perdana Menteri tiba di Davos untuk lawatan kerja selama tiga hari menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Malaysia, Belgium, EU sambut baik gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
PM Anwar berkata, semua pihak berasa lega apabila terdapat kesediaan Israel dan Hamas untuk mencari pendamaian.
Anwar sertai WEF 2025 selepas 27 tahun, ini enam tugas penting Perdana Menteri
Penyertaan Perdana Menteri dalam WEF 2025 adalah amat bertepatan dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia pada tahun 2025.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Jangan pandang rendah teknologi dan bakat yang ada di Malaysia, kata Anwar
Rakyat Malaysia di luar negara tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemajuan teknologi, kepakaran dan bakat yang ada di tanah air, kata Perdana Menteri.
Penyertaan UK dalam CPTPP buka laluan lebih mudah pelaburan untuk Malaysia - PM
UK secara rasmi menyertai CPTPP pada 15 Disember tahun lalu, menjadikannya negara Eropah pertama menyertai blok perdagangan Asia-Pasifik.
Lawatan kerja PM Anwar ke London raih potensi pelaburan RM11 bilion
Kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing selepas beliau dan delegasi mengadakan siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK.
PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
Perdana Menteri Anwar memulakan lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom dengan bertemu rakan sejawatan Keir Starmer pada Rabu.