LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa lantikan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu dibuat dalam jumlah yang lebih kecil.
Menurut beliau yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), tindakan berkenaan wajar dibuat selepas majoriti menteri dan timbalan menteri sewaktu pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menunjukkan prestasi yang baik selain ada dalam kalangan mereka disifatkan sebagai hanya "memakan gaji buta".
"Saya harap tidak berapa besarlah (Kabinet baharu), tak macam (semasa Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) punya Kabinet. Janganlah tunjuk jawatan menteri itu sebagai satu cara untuk sogok orang (bagi menyokong kita).
"Menteri (yang dilantik) sepatutnya ada kebolehan (tetapi) kita dapati menteri-menteri Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada kerja apa pun, tidak ada buat kerja, (dan hanya) dapat gaji sahaja, janganlah jadi macam tu," dakwa beliau.
Tambahnya, Ismail Sabri juga perlu mengelak daripada memberi jawatan di dalam Kabinet termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada kumpulan yang digelar 'kluster mahkamah'.
Ditanya mengenai jawatan TPM, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan bahawa tidak ada seorang pun dalam kalangan Ahli Parlimen di blok kerajaan layak diangkat bagi jawatan berkenaan.
Ini termasuklah daripada kumpulan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang majoritinya dianggotai oleh golongan yang melompat parti.
"Saya cuma tahu siapa yang tidak patut jadi Timbalan (Perdana Menteri) iaitu 'geng kluster mahkamah', (kumpulan ini) tidak boleh ada dekat dengan kerajaan pun, sepatutnya mereka diasingkan dan sudah tentu tak boleh jadi Timbalan Perdana Menteri," ujarnya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi sempena Program #PulangKeLangkawi pada Selasa.
Pada Isnin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa senarai jemaah menteri Kabinet akan diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
BACA: Senarai menteri Kabinet diumum minggu ini - PM
Jelasnya, senarai berkenaan terlebih dahulu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum diumumkan.
Untuk rekod, barisan Kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai 70 orang menteri di bawah 32 portfolio berbeza yang diumumkan pada 9 Mac tahun lalu, menjadikan Kabinet tersebut mempunyai jumlah menteri tertinggi berbanding Perdana Menteri sebelumnya.
Daripada jumlah itu, sebanyak 38 orang dilantik sebagai timbalan menteri dengan tujuh kementerian mempunyai dua orang timbalan menteri.
Abd Hadi Che Awang
Tue Aug 24 2021

Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa lantikan Kabinet baharu di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu dibuat dalam jumlah yang lebih kecil. - Gambar fail/Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.

Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.

Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.

Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.

Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.

Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.

Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.

108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.

Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.