KUALA LUMPUR: Empat ahli jemaah Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pagi ini.
Mereka ialah Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kementerian Dalam Negeri), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Kementerian Luar), dan Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berkata, Tengku Zafrul merupakan lantikan kali kedua, manakala yang lainnya adalah lantikan kali pertama.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Dalam ucapannya, Rais menggesa agar keempat-empat mereka tidak melupakan institusi senat dalam melaksanakan tugas sebagai menteri.
"Kini syarat bawah Perkara 43B Perlembagaan Persekutuan sudah disempurnakan, iaitu untuk menjadi seorang Menteri, beliau hendaklah menjadi ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
“Satu satu hal yang baik bagi kita di peringkat ini ialah para Senator sebagai Menteri atau Timbalan adalah juara terbaik bagi membela dan menegapkan Institusi Senat sebagai badan legislatif tertinggi negara.
"Boleh saya kata dan buat membuat seruan rapat, tengok-tengoklah kami di sini, di samping dimandikan cahaya media di luar sana,” katanya lagi.
Selain itu Rais turut mengingatkan tentang usaha mereformasi institusi Parlimen yang kini telah berjalan selama hampir setahun setengah.
"Mari kita perkasakan kembali reformasi institusi Parlimen yang diusahakan setakat ini, dan makan masa hampir setahun setengah.
"Dua akta penting diutamakan pindaannya ialah Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, dan Akta Kuasa Keistimewaan Majlis Parlimen 1952.
“Anjuran dan cadangan yang konkrit telah dikemukan, dan kertas Kabinet telah disediakan sebelum Parlimen ditangguhkan kewujudan dan kuat kuasanya tempoh hari,” katanya lagi.
Rais turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim, di samping tidak lupa menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas khidmat baktinya sebagai Perdana Menteri ke-9.
Firdaus Azil
Sat Dec 03 2022

Rais (tengah) beramah mesra dengan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri (dua, kiri) selepas upacara mengangkat sumpah jawatan senator hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kabinet Perpaduan: Ahmad Maslan, Steven Sim mulakan hari pertama di Kementerian Kewangan
Ahmad dan Chee Keong ialah antara 27 Timbalan Menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 9 Disember lepas.

#SuaraMalaysia: 71 peratus rakyat fokus tadbir urus kerajaan
Didapati 71 peratus memfokuskan terhadap tadbir urus, 25 peratus pula memilih cara kerja, manakala baki empat peratus memilih komunikasi.

Kabinet Perpaduan: Senarai Timbalan Menteri diumum malam ini - PM Anwar
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau terlebih dahulu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara dahulu untuk mendapat perkenan.

Kabinet Anwar hadiri mesyuarat tanpa pakai tali leher
Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan yang berlangsung pagi ini tampil berbeza apabila jemaah menteri tidak mengenakan tali leher.

Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan jadi fokus utama Tok Mat
Pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan akan diteruskan di bawah kepimpinan Kementerian Pertahanan yang baharu, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan diperlukan untuk stabilkan ekonomi - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, mempertahankan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menggalas portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Kabinet Perpaduan: Reezal Merican ucap tahniah kepada Nga Kor Ming
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.

Anwar disaran lantik Menteri Kewangan baharu - IDEAS
Pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan dilihat kurang wajar malah tidak selaras dengan prinsip tadbir urus baik seperti yang dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Barisan Kabinet mampu jamin kestabilan politik - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya percaya barisan Kabinet Perpaduan yang dipilih adalah antara yang terbaik serta mampu menjamin kestabilan pentadbiran.

Azalina ikrar tangani dan pinda undang-undang lapuk supaya relevan
Selaku Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said berikrar untuk menangani isu undang-undang lapuk.