Kerajaan akan membentangkan hasil kaji selidik dan kajian berhubung usaha memperkasakan ekonomi Bumiputera pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hasil yang akan dimasukkan di dalam Kad Laporan Ekonomi Bumiputera itu sekali gus akan menepis dakwaan golongan Bumiputera dipinggirkan dari aspek berkenaan.
"Saya harap ahli UMNO akan meneliti kad laporan berkenaan bagi memahami perancangan dan tindakan yang diambil Kerajaan berkaitan ekonomi Bumiputera.
"Ia merupakan agenda besar Bumiputera, tugasnya bukan sahaja menjadi agenda Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) namun setiap kementerian mempunyai agenda masing-masing yang dinilai menerusi Indeks Prestasi Utama (KPI).
"Kita perlu memberi maklumat kepada ahli UMNO kerana mungkin ada yang tidak mendapat maklumat cukup mengenai tindakan dan perancangan Kerajaan selama ini," katanya ketika ditemui selepas diskusi panel usul ekonomi semasa Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Antara panel usul ekonomi ialah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Datuk Dr Hasan Mad, Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin dan Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Akbar Ali.
Jelas Mustapa yang juga Pengerusi Usul Ekonomi Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah, peranan kementeriannya dalam membangunkan ekonomi bumiputera kini berbeza berbanding dahulu.
"Agenda itu kini dipantau sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Majlis Ekonomi Bumiputera dengan mengadakan mesyuarat setiap bulan tanpa gagal.
"Tugas kerajaan adalah untuk menyampaikan maklumat ini kerana mungkin masih ada ahli UMNO yang belum mengetahui sepenuhya, apapun kita mengakui bahawa masih ada lagi yang perlu kita perbaiki," jelasnya.
Kad Laporan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilancarkan pada November 2014.
Ia merupakan satu agenda dalam Memperkasa Agenda Bumiputera dan diletakkan sebagai salah satu tajuk utama pembentangan belanjawan negara.
Wan Syamsul Amly
Tue Nov 24 2015
![Kad Laporan Ekonomi Bumiputera dibentang pada Perhimpunan Agung UMNO Kad Laporan Ekonomi Bumiputera dibentang pada Perhimpunan Agung UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71444209128_MustapaMohamed.jpg)
MUSTAPA: Saya harap ahli UMNO akan meneliti kad laporan berkenaan bagi memahami perancangan dan tindakan yang diambil Kerajaan berkaitan ekonomi Bumiputera.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
![Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697866722_RafiziRamli.jpg)
Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.
![Belanjawan 2023: Ekonomi bumiputera perlu reformasi - MTEM Belanjawan 2023: Ekonomi bumiputera perlu reformasi - MTEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/71538728456_AhmadYazidOthman.jpg)
Belanjawan 2023: Ekonomi bumiputera perlu reformasi - MTEM
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berharap Belanjawan 2023 mampu memperkasakan semula ekonomi bumiputera.
![Kerajaan komited jadikan Bumiputera bangsa usahawan - PM Kerajaan komited jadikan Bumiputera bangsa usahawan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71596119139_PerutusanKhas.jpg)
Kerajaan komited jadikan Bumiputera bangsa usahawan - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan komited memupuk budaya keusahawanan secara bersepadu melalui peranan pelbagai agensi.
!['Tolak bincang politik retorik semasa pada Perhimpunan Agung UMNO' - KJ 'Tolak bincang politik retorik semasa pada Perhimpunan Agung UMNO' - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61438873927_KHAIRY.jpg)
'Tolak bincang politik retorik semasa pada Perhimpunan Agung UMNO' - KJ
Pergerakan Pemuda UMNO hanya akan menekankan isu semasa yang memberi fokus kepada golongan peniaga dan usahawan bumiputera pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini.
!['Utamakan isu ekonomi semasa Perhimpunan Agung UMNO' - Rahim 'Utamakan isu ekonomi semasa Perhimpunan Agung UMNO' - Rahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41448517051_RahimThambyChik.jpg)
'Utamakan isu ekonomi semasa Perhimpunan Agung UMNO' - Rahim
Perhimpunan Agung UMNO Disember ini harus menekankan isu pembangunan ekonomi orang Melayu yang dilihat masih ketinggalan dari pelbagai aspek.
![Kad Laporan Ekonomi Bumiputera dibentang pada Perhimpunan Agung UMNO Kad Laporan Ekonomi Bumiputera dibentang pada Perhimpunan Agung UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/71444209128_MustapaMohamed.jpg)
Kad Laporan Ekonomi Bumiputera dibentang pada Perhimpunan Agung UMNO
Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hasil yang akan dimasukkan di dalam Kad Laporan Ekonomi Bumiputera itu akan menepis dakwaan golongan Bumiputera dipinggirkan.