KUALA LUMPUR: Pensyarah Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff telah menarik balik saman fitnah yang difailkan beliau terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ahli Parlimen Segambut itu mengesahkan bahawa Kamarul Zaman telah memfailkan notis penamatan di mahkamah pada 30 Jan lepas dengan kos RM5,000 dibayar kepada beliau tanpa kebebasan memfailkan saman baharu.
"Pada 2020, Kamarul Zaman telah mengeluarkan kenyataan berbunyi - Using religion to win the state election? pada sepanduk memaparkan gambar saya yang menyindir bahawa saya telah menggunakan taktik keagamaan ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sabah.
"Langkah beliau menarik balik saman fitnah ini bukan hanya tepat pada masanya tetapi juga mengesahkan pendirian tegas saya bahawa saya tidak pernah menggunakan bangsa dan agama dalam kempen saya sekali gus menjadikan tohmahannya terhadap saya adalah tidak berasas serta tidak disokong dengan apa-apa fakta," katanya.
Bagaimanapun, beliau menyambut baik keputusan Kamarul Zaman untuk menarik balik saman fitnah itu.
Pada 2020, Kamarul Zaman telah menyaman Hannah berhubung hantaran di laman Facebook semasa pilihan raya negeri Sabah.
Kamarul Zaman telah memuat naik sepanduk memaparkan gambar Hannah bersama ungkapan 'Peranan Umat Kristian Dalam Pembangunan Negara.'
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024

Hannah berkata, Kamarul Zaman telah memfailkan notis penamatan di mahkamah pada 30 Jan lepas dengan kos RM5,000 dibayar kepada beliau tanpa kebebasan memfailkan saman baharu. - Gambar/ Sinar Harian

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Kamarul Zaman tarik balik saman fitnah terhadap Hannah Yeoh
Pensyarah Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff telah menarik balik saman fitnah yang difailkan beliau terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Kemampuan BN terhad jika menang di Cameron Highlands - Penganalisis
Ketiadaan kuasa di dalam kerajaan pusat membataskan pembangunan di Cameron Highlands seandainya calon Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu 26 Januari ini.