Ketua Bahagian UMNO di Sabah yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diminta melepaskan jawatan mereka.
Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata kebanyakan Ketua Bahagian UMNO yang kalah itu sudah memegang jawatan itu untuk beberapa penggal.
"Undurlah secara terhormat dan berilah peluang dan ruang supaya pelapis baru dapat dinaikkan dan menerajui bahagian UMNO itu.
"Penting kepada Ketua Bahagian UMNO di Sabah untuk menyayangi parti dari sayangi diri mereka sendiri. Jangan sanggup korbankan parti kerana mahu mempertahankan diri sendiri walaupun kita tahu mereka sudah susah diterima rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Berkelompok Pemuda Cawangan UMNO Batu Sapi di sini, hari ini.
Antara ketua bahagian yang kalah pada PRU14 adalah Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Datuk Ghapur Salleh (Parlimen Libaran) dan Ketua UMNO Bahagian Silam Datuk Yusof Apdal (DUN Silam) dan Ketua UMNO Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad (DUN Sindumin).
Khairul Firdaus berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) di Sabah pada PRU14 merupakan satu isyarat jelas bahawa rakyat Sabah menolak UMNO dan BN atas beberapa faktor.
Antaranya adalah UMNO Sabah yang diterajui Tan Sri Musa Aman dilihat tidak lagi menjiwai dan memahami asprasi rakyat terutama anak muda.
Justeru, katanya, usaha mempersiapkan barisan pemimpin muda dan segar harus diberi keutamaan untuk menerajui UMNO.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 10 2018

Khairul Firdaus berkata UMNO Sabah yang diterajui Musa (gambar) dilihat tidak lagi menjiwai dan memahami asprasi rakyat terutama anak muda. - Gambar fail

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.