Keahlian dan sistem pemilihan adalah antara pelbagai isu penting yang perlu diberi perhatian oleh pucuk kepimpinan baharu UMNO yang dipilih pada pemilihan sayap parti hari ini, kata Ketua Pergerakan Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Beliau berkata ia perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu dan bumiputera yang selama ini menaruh kepercayaan kepada parti itu untuk menerajui kepimpinan negara.
Isu keanggotaan berbangkit ekoran kegagalan UMNO mewujudkan sistem yang lebih efisien dalam menangani isu itu, katanya sambil mencadangkan parti supaya melaksanakan keanggotaan automatik di bawah 35 tahun.
"Situasi itu menyebabkan penolakan keahlian oleh individu tertentu, alasan kehilangan borang dan kelewatan mendaftar ahli baru sehingga merencatkan niat serta hasrat rakyat khususnya anak muda untuk menyertai UMNO," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Mas Ermieyati berkata ramai juga anggota Puteri, Wanita dan Pemuda UMNO yang kecewa apabila mendapati mereka tidak layak menjadi calon disebabkan tidak cukup tiga tahun menjadi anggota walaupun telah menghantar borang keanggotaan lebih awal dari itu.
"Malah, ramai ahli baru yang terkejut kerana nama mereka tiada dalam senarai keahlian semasa cawangan bermesyuarat baru-baru ini," katanya .
Bekas Timbalan Menteri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata kaedah pemilihan parti juga perlu dikaji semula bagi menghapuskan pelbagai sekatan dalam bentuk peraturan baru dan tatacara persidangan yang hanya menguntungkan individu dan merugikan parti.
Menurutnya sistem pemilihan sedia ada bukan sahaja mematahkan semangat pemimpin pelapis malah menyebabkan UMNO dipandang sinis sebagai parti elit yang dikuasai dan disertai golongan tertentu sahaja walaupun Pergerakan Puteri berusaha mendekati wanita muda menerusi program ADINDA dan SWiNAS.
Mas Ermieyati yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah itu berkata UMNO di semua peringkat perlulah membuka ruang yang luas kepada anggota baru untuk menjadi pemimpin bagi meneruskan perjuangan parti ke arah yang lebih baik.
"Kita dapat lihat jumlah calon yang menawarkan diri pada pemilihan Puteri kali ini meningkat lebih dua kali ganda berbanding pemilihan 2013 iaitu daripada 30 orang kepada 71 orang, dengan ada di antara mereka tidak pernah menyandang jawatan utama dalam sayap Puteri tetapi berpotensi tinggi untuk memimpin.
"UMNO juga perlu memperkenalkan had tempoh perjawatan di semua peringkat bagi mengelakkan individu yang sama menguasai cawangan dan bahagian yang kini dapat dilihat dikuasai 'panglima' UMNO yang angkuh," katanya.
Langkah itu bertujuan menjadikan UMNO lebih relevan dan inklusif selain memberi lebih banyak peluang kepada pemimpin pelapis untuk menyerlah serta mengekang pengaruh individu yang tidak lgi relevan di semua peringkat, katanya.
Mas Ermieyati juga meminta dilaksanakan agenda membanteras rasuah, salah guna kuasa dan mempamer kemewahan dalam kalangan pemimpin kerana ia memberi persepsi negatif kepada parti.
"Pemimpin UMNO yang terlibat dengan kesalahan tersebut perlu dirujuk kepada lembaga disiplin untuk semakan dan pengisytiharan harta agar imej UMNO terpelihara," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata keputusan pemilihan sayap esok akan diharap berlangsung dengan lancar dan dalam suasana rasional, bukan dikuasai emosi semata-mata kerana ia merupakan detik penting menentukan hala tuju UMNO pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 22 2018
Mas Ermieyati berkata sistem pemilihan sedia ada bukan sahaja mematahkan semangat pemimpin pelapis malah menyebabkan UMNO dipandang sinis sebagai parti elit yang dikuasai dan disertai golongan tertentu sahaja. - Gambar fail
AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tiada bukti telefon bimbit sebabkan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.
Jepun pertimbang bantuan perubatan, pendidikan untuk warga Palestin
Perdana Menteri Jepun berkata kerajaan mempertimbang untuk menawarkan bantuan perubatan dan pendidikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat perang.
BN tidak pernah bincang untuk singkirkan MCA - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) tidak pernah melakukan perbincangan untuk menyingkirkan MCA sebagai parti komponennya.
Majikan, enam etnik Rohingya hadapi pertuduhan bunuh
Seorang majikan warga tempatan serta enam etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan membunuh dan tanam rakan sekerja di dalam kolah pada 28 Januari lalu.
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman kes salah guna kuasa
Bekas pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka direman lima hari selepas disyaki terlibat kes rasuah tahun lalu.
Peniaga didakwa lakukan ugutan jenayah, lepaskan tembakan
Seorang peniaga didakwa atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap lima remaja dan melepaskan tembakan di tempat yang tidak dibenarkan
PM jelaskan 85 peratus rakyat tidak terkesan kenaikan tarif elektrik
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan mulai Julai ini hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat negara ini.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: 85% tidak terkesan kenaikan - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serpihan pesawat American Airlines dibawa keluar dari Sungai Potomac
Sebahagian besar serpihan badan pesawat American Eagle yang terhempas selepas perlanggaran udara dengan helikopter Black Hawk di Washington, DC berjaya dikeluarkan dari Sungai Potomac.
Keanggotaan, sistem pemilihan perlu diberi perhatian pimpinan baharu UMNO
Beliau berkata ia perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu dan bumiputera yang selama ini menaruh kepercayaan kepada parti itu untuk menerajui kepimpinan negara.