SHAH ALAM: Pas mempersoalkan hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Madani yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan sama ada mesra Bumiputera atau hanya sekadar wayang untuk meraih semula sokongan kumpulan itu.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perkara tersebut boleh dinilai melalui dasar-dasar yang dilakukan sebelum ini seperti kes bayaran royalti hasil petroleum dua negeri di Pantai Timur.
"Ke mana sebenarnya hala tuju KEB Madani ini? Contohnya pembayaran royalti hasil petroleum di Kelantan dan Terengganu yang jumlah penduduk Bumiputera tinggi namun telah dinafikan.
"Projek mega di negeri-negeri maju yang sedikit jumlah penduduk Bumiputera diluluskan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.
Pada 7 Mac lalu kerajaan mengumumkan akan melancarkan pelan jangka panjang Bumiputera untuk tempoh 10 tahun akan datang yang lebih ‘segar dan inklusif’ pada Jun depan dalam usaha melonjakkan sosioekonomi Bumiputera menerusi pelbagai bidang dan sektor.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, input, cadangan dan pandangan hasil KEB 2024 akan dicerakinkan dan diterjemahkan ke dalam hala tuju baharu pemerkasaan Bumiputera ini.
Ahmad Fadhli turut mendakwa peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang yang kesemuanya Bumiputera turut disekat melainkan jika memenuhi syarat politik yang ditetapkan.
Kata beliau, cadangan kerajaan dalam hal pemansuhan pencen bagi penjawat awam baharu juga dilihat tidak mesra Bumiputera kerana majoriti penjawat awam adalah orang Melayu.
“Inisiatif ini sekadar wayang untuk meraih semula sokongan bumiputera yang dilihat semakin berkurangan susulan pelancaran dasar dan polisi Madani yang banyak mengundang kritikan dan menimbulkan polemik dalam kalangan penduduk Bumiputera?
"Apapun, saya nasihatkan agar pihak kerajaan berbincang dan perhalusi betul-betul setiap perkara dilakukan dengan berpijak di alam nyata.
"Mudah untuk berbicara secara ideal dan retorika bahasa, tetapi sukar untuk dilaksana dan diimplementasi apatah lagi jika ‘geng’ tidak sekepala," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 13 2024

Ahmad Fadhli berkata, perkara tersebut boleh dinilai melalui dasar-dasar yang dilakukan sebelum ini seperti kes bayaran royalti hasil petroleum dua negeri di Pantai Timur. - Gambar fail/Sinar Harian
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.

KEB mesra Bumiputera atau hanya wayang - Ahmad Fadhli
Pas mempersoalkan hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Madani yang dilaksana Kerajaan Perpaduan sama ada mesra Bumiputera atau hanya sekadar wayang.

Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.

Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi.

Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi
Golongan pertengahan Bumiputera digesa agar mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara.

Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

PM Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi Bumiputera
KEB 2024 juga diharap dapat menjadi platform bagi merancang hala tuju dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.

PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

KEB untuk nilai transformasi ekonomi bumiputera, bukan ganti DEB - Mohamad Hasan
Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 bertujuan menilai semula transformasi ekonomi bumiputera dan bukannya untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru.

KEB 2024: “Jangan biarkan ‘Ali Baba’ terus manipulasi ekonomi Bumiputera” - Ahmad Zahid
'Ali dan Baba' tidak seharusnya dibenarkan memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan, tegas Ahmad Zahid.