KUALA LUMPUR: Kedudukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah yang paling stabil, kukuh dan kuat, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.
Loke berkata persefahaman dan komitmen semua gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan adalah kunci kepada kestabilan kerajaan itu yang berusia setahun pada 24 Nov lepas.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata realiti tersebut sekali gus meranapkan dakwaan sesetengah pihak yang kononnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang dan berlaku pertukaran kerajaan.
"Walaupun ada pelbagai cubaan pihak lawan untuk ganggu-gugat, dakwa kerajaan akan tumbang, bertukar perdana menteri...hakikatnya kerajaan sekarang pada kedudukan yang kukuh dan semua parti (dalam kerajaan) beri komitmen tertinggi kekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan.
"PH (Pakatan Harapan), BN (Barisan Nasional), GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) masing-masing berulang kali dengan jelas memberi komitmen menyokong kerajaan ini... kedudukan kerajaan Perpaduan setiap hari semakin kukuh, semakin kuat dan stabil " katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat DAP di sini hari ini.
Loke berkata DAP juga yakin pelbagai dasar yang direncanakan Kerajaan Perpaduan dapat dilaksanakan sebaiknya, malah setiap keputusan atau rancangan yang dirangka adalah praktikal mengikut keperluan rakyat dan ekonomi negara.
Di peringkat DAP katanya, parti itu kekal bersama PH dalam menerajui pentadbiran negara dan berpegang teguh kepada prinsip sebuah negara yang progresif dan majmuk.
"Kita kekal dengan perjuangan kita terutama dalam memastikan Malaysia kekal sebagai negara yang progesif, masyarakat majmuk dan dasar yang sederhana serta tidak menjurus kepada ekstremis," katanya.
Konvensyen Negeri Wilayah Persekutuan yang berlangsung hari ini itu, antara lain menggariskan sembilan resolusi termasuk mahu kerajaan Persekutuan melakukan pendemokrasian Kuala Lumpur dengan mengembalikan pilihan raya majlis tempatan dan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang baru dilantik untuk terus melaksanakan reformasi pentadbiran demi kesejahteraan warga kota.
Sementara itu dalam sidang media, Loke berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan berbincang berhubung pengurniaan darjah kebesaran daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Ng Suee Lim.
"Ya beliau (Ng Suee Lim) ada bincang dengan saya, tapi saya minta dia bawa kepada pengetahuan Jawatankuasa Tinggi DAP Selangor dan kita akan bincangkan perkara ini dalam CEC pada mesyuarat akan datang," katanya.
Pada 11 Dis lepas, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran-Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Itu.
DAP menetapkan dasar parti yang melarang pemimpinnya menerima sebarang gelaran semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023
Loke (duduk tengah) pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2023 hari ini. - Foto Bernama
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.
MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan Mutiara kepada SRC Consortium
MRT Corp menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 bilion.
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit pada waktu puncak
Ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek KVDT2 selain menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan.
MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam
Kementerian Pengangkutan mencadangkan tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam bagi mengurangkan beban pengusaha.