PKR menegaskan gambar kek berbentuk Putrajaya yang tertera perkataan ‘PM ke-8’ bukan arahan dari pejabat presiden parti atau kepimpinan di peringkat pusat.
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata ia merupakan hadiah daripada peminat dan penyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan pihak kepimpinan PKR tidak dapat menghalang tindakan itu kerana bertepatan dengan perjanjian yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Semua yang berlaku samada kek, dibuat orang persendirian dan orang parti peringkat bawah, pemimpin yang kecil. Mungkin (dia) merasa teruja... Mungkin dia dengar perdana menteri (seterusnya) adalah Datuk Seri Anwar seperti mana yang diumumkan.
“Jadi (sebab) keterujaan tu, jadi dia buat kek. Bukan arahan dia (Anwar) malah dia menegah daripada bersungguh-sungguh sangat buat perkara ini. Tidak datang dari pejabat Datuk Seri Anwar,” katanya selepas taklimat khas di pejabat PKR Terengganu di sini, pada Ahad.
Terdahulu gambar kek berbentuk Putrajaya yang tertera perkataan ‘PM ke-8’ tular di media sosial.
Azan berkata tidak menjadi satu kesalahan berbuat demikian kerana ia bukan menghina mahupun melanggar etika.
Namun beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat juga gambar-gambar yang dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Astro Awani
Sun Aug 18 2019

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata ia merupakan hadiah daripada peminat dan penyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Kek 'PM ke-8' hadiah peminat, bukan arahan pejabat presiden - PKR
PKR menegaskan gambar kek berbentuk Putrajaya yang tertera perkataan 'PM ke-8' bukan arahan dari pejabat presiden parti atau kepimpinan di peringkat pusat.

PKR patut angkat Wan Azizah - Azan
Azan Ismail berpendapat, Dr Wan Azizah menjadi simbol wanita negara Malaysia baharu kerana memegang rekod sebagai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama dalam tempoh 60 tahun.

Royalti: MB Terengganu akan adakan pertemuan dengan PM
Jaminan Tun Dr Mahathir itu sangat dialu-alukan dan beliau menyifatkan kenyataan perdana menteri itu sebagai sesuatu yang sangat positif dalam hubungan kerajaan negeri Terengganu dan persekutuan.

Tiada tangkapan SPRM dalam isu balak haram Terengganu - Ahmad Razif
SPRM hanya menjalankan siasatan terhadap pihak yang ditahan selepas penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.