MUAR: Rakyat Johor, khususnya pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Pulai, perlu memastikan kemenangan berpihak kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi mengukuhkan pentadbiran sedia ada sekali gus menguatkan lagi negeri itu sebagai barisan hadapan ekonomi Malaysia.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran gabungan itu sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.
"Saya percaya kalau calon kita daripada Parti Amanah (PH) dengan didukung oleh BN menang, insya-Allah Johor akan menjadi lebih kuat lagi selepas ini. Biarlah orang Kelantan, Terengganu dan Kedah dengan cara dia. Ini negeri barisan hadapan kepada pintu masuk Malaysia dan pintu masuk pelabur.
"Ini negeri pintu masuk peluang pekerjaan, pintu masuk bawa modal luar datang. Kalau Johor senang, mata wang kita akan lebih kuat, kalau mata wang kuat barang-barang akan jadi lebih murah, rakyat makin sejahtera dan kita mahu tunjukkan politik kita stabil, sekarang sudah tak berantakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan MADANI PRK Simpang Jeram di Sungai Abong, di sini, malam tadi yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon PH bagi kerusi itu, Nazri Abdul Rahman.
Justeru, Ahmad Shabery berkata, Johor tidak boleh dibiarkan 'goyang' dengan usaha parti pembangkang yang kononnya mahu menakluki negeri itu sedangkan isu air di negeri berkaitan pun tidak dapat diselesaikan.
"Jangan benarkan parti yang bertapak kuat dari Kelantan 'mengKelantankan' negeri Johor, Johor mesti jadi contoh model masyarakat aman damai, semua kaum bersatu padu bangunkan Johor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 03 2023

Ahmad Shabery berkata, Johor tidak boleh dibiarkan 'goyang' dengan usaha parti pembangkang yang kononnya mahu menakluki negeri itu sedangkan isu air di negeri berkaitan pun tidak dapat diselesaikan. - Gambar fail BERNAMA
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.

Muhyiddin selesai beri keterangan selepas hampir tiga jam
Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai memberi kenyataan berkaitan 'orang Melayu akan hilang kuasa' ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor pada Khamis.

Muhyiddin beri kenyataan kedua pagi ini
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan polis akan ambil kenyataan Muhyiddin.

Muhyiddin sekali lagi akan dirakam keterangan - KPN
Polis sekali lagi akan mengambil kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dakwaan kenyataan berkaitan orang Melayu akan hilang kuasa ketika kempen PRK Simpang Jeram.
![[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram [TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640175701_SuhaizanKayatSpea.jpg)
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu

PRK Simpang Jeram: Petugas SPR pengundi terakhir
Hambatan tugas memaksa Mohamad Faris Zaki, menjadi pengundi terakhir di Pusat Mengundi Sekolah Agama (SA) Tun Dr Islam, Bakri, sebelum ia ditutup sepenuhnya pada 6 petang tadi.

Kekalkan kestabilan Johor sebagai negeri barisan hadapan ekonomi Malaysia
Katanya, Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini dilihat makin kukuh dan kuat di bawah gandingan BN-PH.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Siapa lebih menonjol?
Enjin jentera parti yang dulunya kelihatan 'suam-suam kuku' mungkin kini sudah bertukar kepada 'gear 4' menuju hari pengundian, 9 September depan.

PRK Pulai: Masyarakat India harap tidak dipinggir, mahu sekolah Tamil baharu
Masyarakat India di Parlimen Pulai mengharapkan bakal pengganti Datuk Seri Salahuddin Ayub dapat meneruskan usaha Allahyarham menjaga dan memperkasakan kebajikan masyarakat India di kawasan itu.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Amanah namakan Suhaizan, Nazri sebagai calon
Senarai ini dimuktamadkan Jawatankuasa Pemilihan Calon Bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Khamis lalu.

BN beri laluan Amanah tanding PRK Simpang Jeram, Pulai - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.