Hajat Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak kesampaian.
Salah seorang anak Allahyarham, Nik Adli bertindak meminta pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, untuk mengunci pintu masuk ke makam bapanya.
Pihak media dimaklumkan, Dr Mahathir yang dalam jelajah Pakatan Harapan (PH) ke negeri ini, akan singgah melawat kubur Allahyarham Nik Aziz, diiringi calon parti itu di DUN Chempaka, Nik Omar.
Bagaimanapun, ketika media sedang menanti kelibat Dr Mahathir, pihak pengurusan kubur diiringi Nik Adli mengunci pintu masuk.
Media yang cuba mendapatkan penjelasan kemudian hampa, apabila Nik Adli enggan ulas lanjut.
"Saya tak nak komen lanjut, nanti fitnah, ini permintaan keluarga (mengunci pintu masuk)," ulas beliau secara ringkas.
Tidak cukup mengunci pintu masuk, Nik Adli juga meletakkan lori tiga tan untuk menghalang laluan masuk.
Nik Adli kemudian meminta wakil keluarga, memberi penjelasan lanjut.
"Kami tidak halang, kami tutup ruang, daripada melakukan perpecahan, ini cara untuk elak timbul unsur-unsur merosakkan," jelas Ahmad Dusuki Abd Rani yang juga anak saudara kepada Allahyarham Nik Aziz.
Beberapa individu dipercayai wakil keluarga Allahyarham juga meminta Dr Mahathir menziarahi makam tersebut selepas selesai pilihan raya umum nanti.
Media difahamkan Dr Mahathir membatalkan kunjungan ke makam bagi mengelakkan ketegangan selepas dimaklumkan pintu masuk ke kubur dikunci.
Marlina Manaf
Sun May 06 2018
Nik Adli bertindak meminta pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, untuk mengunci pintu masuk ke makam bapanya. - Astro AWANI / Marlina Manaf
Pengasuh didakwa aniaya bayi lelaki sehingga meninggal dunia
Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya bayi lelaki asuhannya berusia sembilan bulan sehingga meninggal dunia.
Indonesia wajibkan pengeksport mendepositkan keseluruhan keuntungan eksport selama setahun
Ketetapan itu menggantikan peraturan semasa yang hanya mewajibkan deposit 30 peratus untuk tempoh minimum tiga bulan.
Suami reda pemergian isteri, sempat buat panggilan video sebelum lemas
Wanita yang lemas bersama anak saudaranya di Pantai Bayu Impian, Kota Tinggi semalam sempat membuat panggilan video bersama suaminya sebelum tragedi.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ibu tergamak pukul, cubit, tampar anak 6 tahun hingga maut
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
KOM perlu beri alasan kukuh tambah jurulatih - Jefri
MSN tidak boleh bertindak semberono meluluskan permohonan itu sekiranya tiada kepentingan untuk skuad olahraga negara.
Inflasi Malaysia sederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan
Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
#PeristiwaHariIni: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia (2015)
Beliau merupakan tokoh yang cukup disegani dalam bidang agama serta di arena politik tanah air.
Kerajaan Pas Kelantan bakal tumbang - Tun Daim
Tanpa menamakan parti yang menjadi pengganti, bekas menteri kewangan itu berkata, ia berlaku disebabkan pendekatan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengelirukan ahli Pas sendiri.
'Keluarga Tok Guru halang Tun M ziarah kubur'
Hajat Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak kesampaian.
Selain Nik Omar, ada lagi cerita hangat di Kota Bharu
Di Kota Bharu, selain cerita anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar yang mendapat bacaan dan tontonan tertinggi di media sosial ada lagi suatu tarikan. Baca.
Ada apa dengan Nik Omar?
Sembang kedai kopi dan kalangan orang biasa yang minat politik, Nik Omar, 54 tahun, ini mirip bapanya dari segala segi.
UMNO Kelantan beri kebebasan anggotanya di DUN Chempaka mengundi esok
UMNO Kelantan memberi kebebasan kepada anggotanya yang menjadi pengundi untuk mengundi mana-mana calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka esok.
PAS senarai pendek tiga calon PRK Dun Chempaka
PAS Kelantan menyenarai pendek tiga nama sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang dijadual berlangsung pada 22 Mac.
Ibrahim Ali tidak berhasrat jadi calon Bebas di PRK DUN Chempaka
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.
Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka ditetapkan 22 Mac - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan pada 22 Mac depan.