Ketiadaan kuasa di dalam kerajaan pusat membataskan pembangunan di Cameron Highlands seandainya calon Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu 26 Januari ini.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff bagaimanapun berkata, calon Orang Asli itu tetap mempunyai peluang menang berdasarkan kelebihan hubungan persaudaraan serta perasaan kekitaan masyarakt itu sendiri.
"Cuma apakah semangat kekitaan itu paling penting kepada orang asal atau apakah semangat kekitaan atau sumbangan yang boleh diberikan calon orang asal ini kepada masyarakat Orang Asli yang mejadi perhatian?
"Ini kerana, dengan kedudukan di mana BN sekarang bukanlah sebuah kerajaan persekutuan ini maka, maka sudah tentu tidak banyak perkara yang boleh dilakukan oleh calon BN ini jika memenangi PRK ini.
"Paling tinggi beliau boleh bersuara menyatakan kepentingan orang asal sahaja di Parlimen namun untuk projek pembangunan, sudah tentu tidak tidak akan mampu dilakukan calon BN ini kerana BN sudah tidak lagi memegang kuasa dalam kerajaan persekutuan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.
BACA: BN letak Orang Asli sebagai calon di PRK Cameron Highlands
BACA: PRK Cameron Highlands: PDRM tingkat jumlah anggota, tangani kesesakan trafik
Pada Khamis, bekas pegawai polis, Ramli Mohd Noor dinamakan sebagai calon BN untuk bertanding pada PRK Cameron Highlands.
Pemilihan Ramli diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam pada itu kata Dr Kamarul Zaman, jangkaan 85 peratus BN menang oleh Mohamad dilihat mustahil berdasarkan suasana politik semasa.
Jelasnya, rakyat masih lagi dihantui imej buruk yang menyelubungi BN sejak PRU ke-14 yang lepas.
Ketika mengulas kemampuan M Manogaran, Dr. Kamarul Zaman menjelaskan, calon DAP itu mempunyai kelebihan kerana berpengalaman dalam PRU sebelum ini.
Sementara Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas pula berkemungkinan hilang deposit kerana menjadi calon bukan yang bukan mewakili parti dominan negara.
Wan Syamsul Amly
Fri Jan 11 2019

Jangkaan 85 peratus BN menang oleh Mohamad dilihat mustahil berdasarkan suasana politik semasa. - Foto FB
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.