KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pelik dengan sikap sesetengah pihak yang bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan kerajaan yang memerangi rasuah.
Mohamed Nazri menjelaskan kesungguhan mahu menjatuhkan kerajaan yang berusaha memerangi rasuah seolah-olah pihak-pihak tertentu ini sedang melindungi aktiviti rasuah dalam negara ini.
Beliau menjelaskan ada yang mendakwa pembangkang kini bersatu semata-mata kerana tidak senang dengan usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi rasuah habis-habisan.
"Orang ramai yang bagitahu saya, kalau lah Anwar itu tak tekan sangat isu rasuah, mereka (pembangkang) akan berpecah tetapi oleh kerana Anwar lawan rasuah, ini menyatupadukan pembangkang.
"Saya tidak kata pembangkang ini terlibat dengan rasuah tetapi nampaknya mereka boleh bersatu ini adalah kerana mereka nak jaga kedudukan mereka kerana dikatakan mereka terlibat dengan rasuah.
"Ini bukan saya kata, ini orang kata kepada saya, jadi nampaknya betul lah dulu mereka berpecah sekarang mereka bersatu, kenapa mereka bersatu kerana nak menghalang perdana menteri mencapai kejayaan dalam usahanya melawan rasuah, itu hakikatnya," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berpendapat, parti-parti pembangkang kini bersungguh-sungguh mahu kerajaan perpaduan dijatuhkan kerana ingin memastikan usaha perdana menteri melawan rasuah digagalkan.
"Ini lah yang saya rasa sebab utama kenapa pembangkang bersungguh-sungguh nak menjatuhkan kerajaan hari ini.
"Sebabnya pada saya ialah kerana mereka bimbang dan takut mereka akan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah," katanya lagi.
Mohamed Nazri menegaskan apa yang dilakukan oleh parti pembangkang membuktikan mereka tidak memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya mahu menjaga kepentingan peribadi.
Tegas beliau lagi, sekiranya pembangkang mahu menjaga kepentingan rakyat, usaha memerangi rasuah yang dilakukan perdana menteri perlu disokong sepenuh hati.
Irwan Muhammad Zain
Tue Aug 08 2023
![Kenapa nak jatuhkan kerajaan yang lawan rasuah? - Nazri Aziz Kenapa nak jatuhkan kerajaan yang lawan rasuah? - Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691484340_nazriaziz.jpg)
Mohamed Nazri menegaskan apa yang dilakukan oleh parti pembangkang membuktikan mereka tidak memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya mahu menjaga kepentingan peribadi. - Foto Astro AWANI
Agenda AWANI Asia: Trend Baharu & Inisiatif Mudah Berbelanja
Diskusi mengenai trend baharu dan inisiatif mudah berbelanja dengan selamat, bijak dan berjimat baik di negara sendiri, mahupun di negara asing dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
![KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739010101_KementerianPembangu.jpg)
KUSKOP lancar Dasar Francais Negara 2030, perkukuh ekosistem, akses pasaran
KUSKOP melancarkan Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) semalam, bertujuan memperkukuh ekosistem francais di Malaysia dan memperluas akses pasaran di dalam dan luar negara.
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
![Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen - Nazri Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720652981_MuhyiddinYassin.jpg)
"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.
![Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709033369_TBLunarNewYear.jpg)
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
![Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651727407_nazriaziz.jpg)
Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.
![WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649648751_TBNazriAziz.jpg)
WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.
![Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697857032_wayangkulit.jpg)
Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.
![Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81638196131_TBNAZRIAZIZ.jpg)
Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.
![Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651727407_nazriaziz.jpg)
Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.
![An Evening with Friends of Malaysia usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS An Evening with Friends of Malaysia usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692515429_nazriaziz.jpg)
"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
![PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651727407_nazriaziz.jpg)
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
![Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong - Nazri Aziz Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong - Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691487930_NazriAziz.jpg)
"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.