SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan pemimpin pembangkang yang berterusan didakwa mahu mengambil alih Kerajaan Perpaduan di luar pilihan raya sebagai 'angkuh'.
Tanpa menyebut nama, Saifuddin Nasution berkata pemimpin itu didakwa sanggup melanggar titah Seri Paduka Baginda, yang berharap agar Kerajaan Perpaduan dapat mentadbir sehingga penghujung penggal.
"Ketika ditanya, anda terus-terusan menyebut mahu mengambil alih kerajaan. Bukankah titah Tuanku semasa perasmian Parlimen menyatakan harapan bahawa baginda berharap penggal kerajaan ini sempurna, cukup lima tahun?
"Dengan kenyataan kamu, akan terus berusaha mengambil alih (Kerajaan Persekutuan) di luar daripada musim pilihan raya, apakah ini seolah-olah tidak (mendengar) nasihat Tuanku? Maka disanggahnya, pandangan Tuanku bukan penamat... bukan kata putus.
"Ini nada angkuh. Maknanya pandangan Tuanku bukan kata putus, maka pandangan Tuanku boleh disanggah? Ini kerana terlalu angkuh sampai tak ada sesiapa boleh menegur lagi," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional Khas 2023, di sini pada Sabtu.
Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri turut menyeru ahli PKR, agar bersedia dengan 'mood menyerang' bagi mendepani pilihan raya akan datang.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata tiada siapa boleh menghalang Perikatan Nasional (PN) daripada 'menjatuhkan' Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, mengikut sistem demokrasi negara, perkara itu boleh dilakukan dan ia keadaan itu biasa berlaku dalam politik termasuk melalui undi tidak percaya atau mendapatkan Surat Akuan Berkanun (SD).
Ditanya jika cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan melangkaui titah Yang Dipertuan Agong yang mahukan kestabilan, Timbalan Pengerusi PN itu berkata ia 'tidak boleh dijadikan sebagai kata putus'.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 18 2023

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan pemimpin pembangkang yang berterusan didakwa mahu mengambil alih Kerajaan Perpaduan di luar pilihan raya sebagai 'angkuh'. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kenyataan mahu jatuhkan kerajaan adalah angkuh - Saifuddin Nasution
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan pemimpin pembangkang yang didakwa mahu mengambil alih Kerajaan Perpaduan di luar pilihan raya sebagai 'angkuh'.