KOTA BHARU: Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa Singapura maju kerana tiada UMNO disifatkan sebagai gurauan kurang cerdik.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata sindiran Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu satu pernyataan yang tiada asas, hanyalah modal retorik.
"Ceramah Mohd Amar untuk meraih undi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor itu, menampakkan beliau terdesak dengan meletakkan kesalahan kepada UMNO kerana dia tahu populariti Perikatan Nasional (PN) sudah merosot di mata rakyat," katanya dalam satu kenyataan.
"Bagi saya, pembetulan pernyataan beliau itu perlu dibuat yang sebenarnya mempamerkan Pas Kelantan mentadbir negeri Kelantan selama lebih 30 tahun meletakkan Kelantan sebuah negeri yang mundur.
"Masalah bekalan air bersih, masalah peluang pekerjaan, kurang pelaburan, masalah dadah dan sebagainya menunjukkan Pas Kelantan gagal menangani masalah berkenaan sejak sekian lama," katanya lagi.
Umum tahu, kegagalan kerajaan Pas Kelantan membawa pembangunan dan peluang pekerjaan kepada anak muda dengan sentiasa menyalahkan Kerajaan Persekutuan
Mengulas lanjut, Noor Hariri berkata hala tuju PN pada PRN Johor juga samar kerana PN sehingga ke saat ini masih belum mengemukakan calon Menteri Besar mereka.
Rakyat sedar bahawa PN tiada calon berwibawa dan diyakini rakyat.
"Penyertaan PN di dalam PRN Johor ini bukanlah untuk memberi khidmat kepada rakyat akan tetapi hanya menjadi pengacau pertembungan di antara BN melawan Pakatan Harapan," ujarnya.
Noor Hariri berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Mohd Amar seperti yang dilaporkan sebuah portal berita hari ini.
Mohd Amar memberi analogi tersendiri ketika berkempen untuk memenangkan PN menjelang hari pembuangan undi pada Sabtu depan.
Sempat meminta maaf kerana membuat perbandingan dengan Singapura, pemimpin kanan Pas itu berkata republik tersebut jauh lebih maju berbanding Malaysia.
Hal itu kerana, kata Mohd Amar, tiada UMNO-BN di negara itu.
"Cuba kita lihat Singapura, mana yang lebih maju antara Singapura dengan Malaysia, tentulah yang lebih maju ialah Singapura. Saya meminta maaf untuk bertanya secara berterus-terang, UMNO ada ke di Singapura?
"Ada BN ke di Singapura? Tak ada. Ini bermakna, jika tak ada UMNO, ia menjadi lebih mudah untuk membangunkan negara," katanya seperti dipetik portal berita berkenaan.
Kenyataan Mohd Amar itu mengundang rasa kurang senang pimpinan UMNO yang menyifatkannya sebagai suatu dakwaan tidak masuk akal.
Vivi Sumanti
Wed Mar 09 2022

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata sindiran Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu satu pernyataan yang tiada asas, hanyalah modal retorik. - Foto Astro AWANI/Vivi Sumanti

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.

Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.

"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.

Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.

Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.